Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK Simpang Jeram pintu masuk 'gelombang PN' ke Johor - Sanusi

    PRK Simpang Jeram pintu masuk ‘gelombang PN’ ke Johor – Sanusi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram menjadi pintu masuk kepada “gelombang PN” di Johor, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor.

    Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran jentera pilihan raya PN di Bakri, Johor, malam tadi, Sanusi dilapor berkata pengundi di DUN Simpang Jeram perlu membuat eksperimen untuk memastikan gelombang itu kekal.

    Katanya, ia akan memberi isyarat penting kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

    “Gelombang yang tercetus dalam PRN lalu akan melanda Johor sampai ke Singapura. Saya dah habaq (beritahu) tadi sampai ke hujung.

    “Sebelum kita mengambil alih Negeri dalam tempoh dua tahun setengah lagi,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon PN di Markas PAS Bakri, malam tadi.

    Hadir sama, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal, Pengerusi PN Terengganu merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan.

    DUN Simpang Jeram mempunyai 51 peratus pengundi Melayu dan kedudukannya berada berhampiran bandar Muar, di bahagian barat laut Johor dan berhampiran kubu kuat Pengerusi PN Muhyiddin Yassin di Pagoh.

    Sanusi berkata pilihan raya Simpang Jeram adalah sangat penting bagi negara kerana ia adalah peluang untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap “pembohong”.

    “Isyarat akan bermula di Simpang Jeram, Insya-Allah bangsa Johor boleh mengajar penipu untuk berhenti daripada berkata-kata.

    “Saya berharap Simpang Jeram akan menerima aura dari enam Negeri (Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor),” katanya lagi.

    Sanusi berkata tidak mustahil untuk PN menembusi Johor, di mana BN mempunyai majoriti dua pertiga dalam dewan undangan Negeri.

    ALSO READ:  Muhyiddin buat u-turn, mahu kekal presiden Bersatu

    “Bukan perkara mustahil benda ini boleh berlaku, siapa sangka Negeri terkuat DAP di dunia, Pulau Pinang kalah 11 kerusi…tiada siapa menyangka tapi saya tahulah sebab jiran saya,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts