Cuti umum telah diisytiharkan hari ini di Kedah, Kelantan dan Terengganu, disusuli dengan Negeri Sembilan dan Selangor esok, selepas tamatnya Pilihan Raya Negeri semalam. Hanya Pulau Pinang yang tidak mengisytiharkan cuti umum sempena Pilihan Raya Negeri kali ini. Pada hari Jumaat yang lalu, menteri besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan cuti umum untuk negeri tersebut jika PN menang. Bagi Selangor pula, menteri besar sementara, Amirudin Shari turut membuat pengumuman yang serupa jika PH-BN kekal sebagai kerajaan negeri. Menteri besar Terengganu dan Kelantan juga mengumumkan cuti umum di dua negeri tersebut tanpa mengira keputusan Pilihan Raya Negeri, bagi memudahkan pekerja Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing. Untuk catatan, cuti hujung minggu bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu (serta Johor) adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, berbeza dengan negeri-negeri lain yang mengambil hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu. Sementara itu, menteri besar sementara Negeri Sembilan telah mengumumkan cuti umum pada malam tadi, susulan kejayaan PH-BN mendapat majoriti dua pertiga. “Saya ingin mengumumkan bahawa hari Isnin ini adalah cuti peristiwa bagi Negeri Sembilan. Saya harap kita berehat sehari dua, selepas itu kita akan bekerja dan pastikan kita membantu rakyat Negeri Sembilan ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh media. Pilihan Raya Negeri semalam menyaksikan gabungan PH-BN mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, sementara PN mengekalkan Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Shopee.com.my
Ready Stock【Membeli1Untuk Menghantar6 Kualiti Yang Baik】Kereta Minyak Wangi...
RM19.64
Shopee.com.my
Ready Stock Page 2Aquarium Fish Tank Decoration Ceramic Ornament Fish Hiding...
RM3.80