Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRN: Umno kumpul dapatan kenal pasti kelemahan

    PRN: Umno kumpul dapatan kenal pasti kelemahan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Umno sedang mengumpul semua dapatan dari pascanilai untuk mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan kerusi ditandingi parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam Negeri 12 Ogos lepas. Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini, pascanilai sedang dilaksanakan di peringkat Negeri dan sayap parti itu. “Saya percaya setiap Negeri dan sayap sedang melakukan perkara itu sebelum kita kumpulkan (dapatan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi sulung Debat Perdana MADANI 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi hari ini.

    Beliau mengulas mengenai status pascanilai parti selepas PRN. Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi dalam PRN di enam Negeri itu. BN menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, dua masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang, satu di Kelantan serta gagal meraih sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu.

    Minggu lepas, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi dilaporkan berkata Umno akan mengadakan pascanilai bagi mencari kelemahan parti selain menjelaskan terdapat banyak faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan PRN itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts