Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProgram pembangunan karakter mampu persiap pelajar jadi pengundi

    Program pembangunan karakter mampu persiap pelajar jadi pengundi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Program pembangunan karakter diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun lalu sudah menunjukkan kesan dan diyakini mampu menyediakan generasi muda untuk menjadi pengundi.

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata program yang memfokuskan pelajar tingkatan empat hingga enam itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap aspek kewarganegaraan, pilihan raya dan tanggungjawab dalam komuniti.

    Katanya program pembangunan karakter dan generasi Madani berkenaan dan sudah ada beberapa kejayaan dicapai.

    “Jadi pelajar terbabit perlu diberikan kesedaran dan menjadi komitmen KPM untuk mempersiapkan mereka untuk Undi18 (menjadi pengundi muda),” katanya pada sidang media di Kuantan, Pahang, hari ini.

    Isu undi anak muda menjadi perhatian sejak berakhirnya PRU ke-15 pada 2022 apabila sebahagian besar daripada mereka memberikan sokongan kepada parti tertentu tanpa pengetahuan yang mencukupi berkenaan sistem demokrasi di negara ini.

    Sesetengah pihak menyalahkan PH – yang sebelum itu giat menggerakkan kempen Undi18 dan pendaftaran automatik – kerana gagal menyediakan golongan terbabit dengan pengetahuan yang sepatutnya sebelum mengundi.

    Isu tersebut turut diteliti apabila keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei lalu menyaksikan majoriti undi golongan muda kekal diberikan kepada PN.

    Bagaimanapun pola pengundian bagi pengundi berusia lebih 40 tahun menunjukkan perubahan dengan sebahagiannya memberikan sokongan kepada calon kerajaan perpaduan.

    Fadhlina pada April tahun lalu pernah memaklumkan isu politik, hak warganegara dan demokrasi sudah pun dimasukkan dalam sukatan pelajaran sekolah.

    Sementara itu ditanya mengenai garis panduan pemakaian di sekolah susulan amaran cuaca panas dijangka berlarutan hingga Sept, ahli parlimen Nibong Tebal itu memberitahu, apa yang sudah ada akan terus diguna pakai.

    Pada masa sama, katanya, ia boleh ditambah baik mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

    ALSO READ:  'Puting beliung' landa Lahad Datu

    “Autonomi telah diberikan kepada pihak sekolah untuk membuat keputusan berdasarkan keadaan cuaca di Negeri masing-masing,” katanya.

    Jan lalu KPM menetapkan pelajar hanya memakai pakaian seragam dua hari dalam seminggu, manakala selebihnya menggunakan pakaian sukan dan pakaian kokurikulum.

    Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi aspek kesihatan, bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil pertanian susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga Sept.

    Sehubungan itu, dia meminta semua agensi pengurusan bencana mengambil langkah aktif dalam mengurangkan kesan bencana berkaitan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts