Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProgram pemikiran Qaradawi: Ada petanda positif dari PMO

    Program pemikiran Qaradawi: Ada petanda positif dari PMO

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberikan petanda positif berhubung penganjuran Konvensyen Pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pada hujung minggu ini.

    Menurut salah seorang ahli panel program tersebut, Abu Hafiz Saleh Hudin, ada kemungkinan program itu akan berlangsung seperti dijadualkan.

    “Insya-Allah, akan ada pengumuman rasmi dari penganjur dalam masa terdekat.

    “Dengan komitmen dari PMO berkemungkinan besar program tersebut akan berlangsung seperti jadual asal,” katanya semasa dihubungi Malaysiakini petang ini.

    Pagi tadi Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia membuat hantaran menyatakan rasa kecewa mereka apabila Konvensyen Sunnah ke-11: Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi Dalam Pembentukan Negara Madani terpaksa ditangguhkan.

    Menurut pentadbir akaun itu, keputusan tersebut diambil selepas Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan tidak meluluskan permohonan tauliah khas kepada beberapa ahli panel konvensyen tersebut.

    Penganjur juga mendakwa setakat pagi jumlah peserta sudah mencapat jumlah maksimum iaitu 550 orang.

    Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin – yang dianggap dekat dengan NGO berkenaan – mendakwa Anwar sudah memberi lampu hijau supaya acara tersebut diteruskan.

    Abu Hafiz berkata respon positif yang diberikan PMO itu adalah susulan kenyataan dibuat Mohd Asri.

    “Setakat ini, apa yang disebutkan oleh mufti Perlis mendapat respons dan tindakan susulan positif dari Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

    Berdasarkan poster program tersebut, Mohd Asri dan Abu Hafiz adalah antara tokoh yang terbabit ahli panel dalam program membincangkan pemikiran ulama tersohor dunia itu.

    Malah, gambar Anwar juga dimuatkan di dalam poster program tersebut.

    Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada dia akan menyertai program berkenaan ataupun tidak.

    Program itu akan berlangsung pada Ahad, 26 Nov ini di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.


    ALSO READ:  Menteri sambut baik pengumuman geran latihan kepada belia India
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts