Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProjek HSR tak terjejas meski firma Jepun tarik diri - Loke

    Projek HSR tak terjejas meski firma Jepun tarik diri – Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit dalam pembinaan projek berkenaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

    Beliau berkata firma negara matahari terbit itu bebas membuat keputusan sama ada untuk menyertai projek berkenaan atau sebaliknya kerana ia masih di peringkat proses Permintaan Maklumat (RFI).

    “Kalau Jepun tidak berminat masuk tender itu terpulanglah. Kita buat RFI secara terbuka, mengapa kita (Malaysia) harus rasa tertekan?

    “Mungkin dia (Jepun) rasa tidak sesuai dengan model yang kita mahu laksanakan. Jadi, terpulanglah. Banyak pihak lagi bahkan beratus syarikat menyatakan minat,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di stesen KTM Batu Caves di Kuala Lumpur hari ini.

    Loke berkata proses RFI akan berakhir Isnin ini manakala keputusan syarikat-syarikat yang menyatakan hasrat dalam HSR akan diketahui selepas itu, sebelum beralih ke peringkat Proses Permintaan Untuk Cadangan (RFP).

    Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan meneliti kesan penarikan diri firma Jepun daripada projek HSR Kuala Lumpur-Singapura terhadap projek berkenaan.

    Ia berikutan laporan agensi berita Jepun, Kyodo News yang memetik sumber bahawa keputusan syarikat negara itu untuk menarik diri adalah disebabkan ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts