Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProjek pembangunan semula Kg Sg Baru akan diteruskan- Supol PM

    Projek pembangunan semula Kg Sg Baru akan diteruskan- Supol PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan meneruskan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur selepas ditangguhkan enam tahun lalu. Setiausaha politik, Azman Abidin berkata keputusan itu mengambil kira kepentingan penduduk di situ yang majoritinya telah berpindah keluar dan masih menunggu rumah baru. “Projek pembangunan akan diteruskan. Memang kita sedar bahawa proses pengambilan tanah dulu itu berlaku tidak mengikut tatacara yang betul. “Tapi, benda dah berlaku dan kita tak boleh lagi tarik brek kerana perkara ini berlaku enam tahun lalu dan ramai yang dah berpindah masih menunggu rumah mereka. “Kita kena faham kesan lebih tinggi kepada penduduk yang telah berpindah yang kini duduk di luar kawasan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Demikian katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur yang menuntut penjelasan Anwar selepas menerima notis pengusiran buat kali kedua.

    Perdana Menteri pada 13 Jan lalu mengarahkan menangguhkan pengusiran penduduk.

    Mereka tidak puas hati dengan pampasan yang ditawarkan pemaju sehingga dan mahu rundingan semula antara penduduk dan pihak berkepentingan.

    Namun, pada 5 Sept mereka menerima notis pengusiran daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan Perbadanan Kampung Bharu (PKB) meminta penduduk yang masih tinggal di kampung menggosongkan sebelum 4 Okt.

    “Kesemuanya bersetuju untuk pembangunan semula di kawasan. Cuma 37 penduduk yang daripada rumah teres tidak setuju dengan pampasan yang ditawarkan.

    “Ini tidak bermakna kita bolah abaikan kepentingan majoriti penduduk lain yang telah berpindah dan masih menunggu projek pembinaan rumah mereka di sana.

    “Untuk meneruskan proses pembinaan, kita perlu selesaikan proses pengosongan dulu. Baru kita boleh mulakan projek pembinaan rumah kepada penduduk di situ,” katanya.

    ALSO READ:  Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama

    Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.

    Pada Julai tahun lalu, penduduk di Kampung Sungai Baru menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.

    Namun, penduduk, khususnya penghuni rumah teres tidak setuju dengan kadar pampasan RM400 sekaki persegi ditetapkan oleh PTGWPKL.

    Sehingga kini, sebanyak 37 penduduk rumah teres tidak setuju dengan pampasan ditawarkan, manakala 27 penghuni bersetuju.

    Sementara itu, Azman berkata bahawa kerajaan berjanji rundingan dengan pemaju akan diteruskan bagi pihak tidak setuju berpindah.

    “Kita kena faham yang tidak nak pindah itu, bukan tolak pembangunan di situ. Cuma mereka nak pampasan yang lebih tinggi. Jadi, rundingan akan diteruskan.

    “Memang notis pengosongan 4 Okt, tapi masih ada ruang untuk melanjutkan tempoh pengosongan, mereka tidak perlu risau,” katanya.

    Azman juga berkata bahawa kerajaan sedia mempertimbangkan sekiranya pihak yang tidak setuju berpindah membawa cadangan alternatif.

    “Sekiranya penduduk tidak setuju mengemukakan cadangan alternatif termasuk ada pemaju lain yang sanggup membayar pampasan yang diminta oleh penduduk di situ, kami sedia pertimbangkan.

    “Jika, ada pemaju membuktikan secara hitam putih, sanggup mengambil alih projek itu dengan membayar segala kos dibelanjakan pemaju sekarang, dan bayar pampasan yang diminta penduduk tidak mahu pindah kami sedia pertimbangkan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts