Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProjek rintis uji sistem subsidi diesel, fleet card bermula bulan depan

    Projek rintis uji sistem subsidi diesel, fleet card bermula bulan depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Projek rintis untuk menguji sistem MySubsidi Diesel Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan sistem fleet card syarikat minyak melalui enam syarikat pengangkutan barangan terpilih akan dilaksanakan bermula 1 Feb ini.

    Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali menyatakan bahawa pelaksanaan projek rintis itu adalah untuk meluaskan pemberian kuota diesel yang disubsidi kepada sektor pengangkutan darat (barangan) melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

    Beliau menyenaraikan enam syarikat yang dipilih untuk menyertai projek ini iaitu Perceptive Logistic Sdn Bhd, Multimodal Freight Sdn Bhd, Mun Chuen Transport Sdn Bhd, Tan Swee Hee Sdn Bhd, Sim Yew Enterprise Sdn Bhd dan Rantau Panjang Haulage Sdn Bhd susulan kuota skid tank mereka yang bakal luput pada bulan ini.

    “Pendedahan kepada syarikat perintis dan syarikat minyak telah dilakukan melalui sesi libat urus untuk panduan memohon kuota dan pelaporan menggunakan Sistem MySubsidi Diesel dan sistem fleet card,” katanya ketika berucap di Klang.

    Armizan juga telah melawat Syarikat Perceptive Logistics untuk melihat persiapan pelaksanaan projek rintis di Pelabuhan Klang hari ini.

    Beliau menjelaskan bahawa SKDS kini diberikan melalui dua saluran iaitu skid tank yang melibatkan permohonan dan pemprosesan secara manual dan fleet card yang menggunakan sistem MySubsidi Diesel KPDN.

    “Sektor pengangkutan darat awam menggunakan fleet card manakala sektor pengangkutan barangan darat, bot penumpang sungai serta feri dan bot ke pulau utama masih menggunakan skid tank,” katanya.

    Armizan percaya bahawa penggunaan fleet card mampu mengurangkan jenayah penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi kerana sistem ini akan dipantau secara digital oleh KPDN dan syarikat minyak.

    ALSO READ:  Soccer-Michel proud of Girona's Champions League debut despite last-minute loss to PSG

    Skid tank pula hanya melibatkan pelaporan oleh syarikat terlibat.

    “KPDN akan terus memantau pelaksanaan projek rintis ini dan akan mendapatkan maklum balas daripada industri bagi memastikan keberkesanan sistem yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts