Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProjek Sama: Saifuddin, semak semula RUU kewarganegaraan

    Projek Sama: Saifuddin, semak semula RUU kewarganegaraan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Projek – Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) berkata Saifuddin perlu mengambil peluang penangguhan perbahasan RUU itu di Dewan Rakyat, dengan membentangkan sama ada kertas hijau, kertas putih atau merujuk RUU itu kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC). 

    Sekiranya Menteri memilih dan melaksanakan daripada pilihan yang disebutkan di atas, Projek Sama berkata, ini  akan membuktikan kerajaan Madani menghormati  Perlembagaan Persekutuan dan komitmennya terhadap penggubalan undang-undang dan dasar yang inklusif serta serius.

    “Menteri boleh memilih untuk membentangkan kertas hijau bagi membolehkan perbincangan terbuka, kertas putih untuk menyokong cadangan kerajaan dengan fakta dan angka atau merujuk rang undang-undang itu kepada PSC untuk dikaji lebih lanjut.

    “Begitu juga, RUU Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 untuk menamatkan penggunaan tembakau bagi generasi muda telah dirujuk kepada PSC oleh Menteri kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin.

    “Ini, menghasilkan RUU yang lebih baik dengan konsensus rentas parti, walaupun malangnya ia dipinda semula pada 2023 di bawah Menteri baru (Zaliha Mustafa),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Oleh itu, Projek Sama menyeru pengerusi tiga PSC – ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin (keselamatan), ahli Parlimen Selayang William Leong Jen Keen (hak asasi manusia, pilihan raya dan reformasi institusi) dan ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin (pembangunan wanita, kanak-kanak dan masyarakat) – untuk memulakan inkuiri mengenai RUU itu, tanpa mengira rujukan Saifuddin.

    “Terma rujukan PSC ini membolehkan mereka meneliti mana-mana RUU berkaitan di bawah tanggungjawab KDN atau mempunyai akibat ke atas Perlembagaan Persekutuan, hak asasi manusia dan kebajikan masyarakat.

    “Jika dirujuk kepada PSC, semua pihak berkepentingan boleh dipanggil untuk membentangkan penghujahan mereka, dan orang ramai boleh dimaklumkan secara meluas.

    ALSO READ:  PANDUANKINI | Apakah parallel pathway, mengapa menjadi isu?

    Pada 27 Mac, perbahasan untuk cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang kewarganegaraan ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat yang seterusnya, yang dijadual akhir Jun ini.

    Saifuddin mahu pindaan kerakyatan itu dibahaskan dan diundi pada sidang Parlimen sebelum ini.

    Bagaimanapun, dia hanya sempat melakukan bacaan kali kedua rang undang-undang itu sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir.

    Walaupun, Putrajaya bersetuju untuk membatalkan pindaan perlembagaan yang berkaitan bayi terpinggir, pengkritik dan aktivis mengatakan bahawa pindaan yang selebihnya masih bermasalah.

    Terdapat ketidakpastian sama ada kerajaan boleh mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan pindaan perlembagaan, kerana terdapat rasa tidak puas hati di kalangan ahli parlimen mengenai elemen regresif dalam RUU itu.

    Sementara itu, Projek Sama memuji keputusan Saifuddin yang tidak tergesa-gesa mengundi RUU dengan, berkata Menteri itu memahami bahawa ahli Parlimen memerlukan lebih banyak masa untuk membahaskan RUU itu.

    “Ini mengurangkan ‘defisit amanah yang serius’ terhadap kerajaan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts