Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProjek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan

    Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai hari ini

    Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata pertambahan dalam fasa dua ini menjadikan keseluruhan kenderaan barangan yang layak mendapatkan diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0 sebanyak 23 jenis.

    Armizan Mohd Ali

    “Kesemua kenderaan barangan tersebut boleh membuat permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel bermula 10 pagi esok (Isnin),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan KPDN Zon Utara di  Anak Bukit dekat Alor Setar, semalam.

    Kenderaan barangan berkenaan adalah lori rigid (curtain sider), lori katering makanan, lori rigid (hasil pertanian), lori tangki rigid (minuman), lori rigid (kandang haiwan), semi (panel van) serta lori rigid (kombinasi).

    Kategori seterusnya adalah bas perkhidmatan bergerak, lori rigid (open platform), van perkhidmatan bergerak, bas katering makanan, lori rigid (perkhidmatan bergerak), van katering makanan dan lori rigid (sampah).

    Armizan berkata pendaftaran bagi 14 jenis kenderaan barangan baharu itu boleh dibuat melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

    Beliau berkata antara kriteria permohonan yang perlu dipenuhi bagi memperoleh kemudahan itu termasuk syarikat hendaklah berdaftar perniagaan di Malaysia, kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah serta berkuat kuasa, dan kenderaan yang layak di bawah sistem tersebut.

    Menurutnya lagi setelah permohonan diluluskan di peringkat sistem MySubsidi Diesel KPDN, pihak syarikat diharap dapat segera mengemukakan permohonan Fleet Card di lima syarikat minyak ditetapkan iaitu Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.

    “Bagaimanapun setiap syarikat hanya boleh memilih tiga syarikat minyak untuk mendapatkan Fleet Card tersebut,” katanya.

    Dalam pelaksanaan SKDS 2.0 Fasa Satu, sembilan jenis kenderaan terlibat iaitu lori rigid (kargo am), penggerak utama, lori rigid (luton/kotak), lori rigid (tangki air), lori rigid (refrigerated), lori rigid (tangki tepung),  window van, panel van dan lori rigid (minuman botol).

    ALSO READ:  K'jaan Anwar ini tidak boleh tahan lama, kata Hamzah

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan perkara itu boleh hubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 6769 bermula 8 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts