Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProses permohonan dapatkan kerakyatan kini cuma 14 hari

    Proses permohonan dapatkan kerakyatan kini cuma 14 hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari menjadi 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses berkenaan akan dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem itu yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Jubli Intan JPN ke-75 di Putrajaya hari ini.

    Saifuddin berkata sistem itu secara automatik akan menolak permohonan individu yang terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.

    Selain itu, Saifuddin berkata kabinet akan memuktamadkan penubuhan agensi tunggal bagi mengawal selia sempadan negara dalam masa terdekat.

    “Keputusan siapa yang akan terlibat di dalam agensi kawal selia sempadan tunggal itu akan dibuat oleh Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dan kabinet dalam masa terdekat.

    “Keselamatan dan kawalan sempadan di mana-mana negara di dunia ini merupakan aspek penting dan agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) antara paling banyak,” katanya.

    Sehubungan itu, dia meminta warga KDN supaya bersiap sedia sekiranya kementerian dan agensi di bawahnya dipertanggungjawabkan terhadap penubuhan agensi tersebut.

    Ketika ini terdapat lebih 20 agensi terbabit dalam mengawal selia sempadan negara termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts