Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProsiding komital terhadap Isham Jalil didengar 4 Mac

    Prosiding komital terhadap Isham Jalil didengar 4 Mac

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah akan didengar pada 4 Mac ini.

    Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata pada prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini, mahkamah memerintahkan pendakwa raya memfailkan hujahan pada atau sebelum 29 Feb ini.

    “Pendengaran permohonan itu akan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin,” katanya ketika dihubungi.

    Dalam permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 28 Disember tahun lepas, Peguam Negara turut memohon agar mahkamah memenjarakan atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham atau nama sebenarnya, Hizatul Isham Abdul Jalil.

    Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mengucapkan kata-kata berbentuk penghinaan kepada mahkamah dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? yang disiarkan di laman Facebook The Malaya Post pada 30 September tahun lepas.

    Peguam Negara mendakwa dalam temu bual itu, Isham telah mempersoal proses perbicaraan dan rayuan berkaitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Isham juga didakwa mempertikaikan proses pendengaran permohonan penarikan diri Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini serta proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International.

    Peguam Negara juga mendakwa perkataan yang diucapkan oleh Isham telah mengaibkan Badan Kehakiman dan boleh menggugat keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts