Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesProsiding PAC isu dana HRD Corp mulai Isnin ini

    Prosiding PAC isu dana HRD Corp mulai Isnin ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Komiti Auditi Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung isu Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan Human Resources Development Corporation (HRD Corp) pada Isnin ini. Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata pihaknya akan memanggil Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amran Ahmad, sebagai saksi.

    “Walaupun isu itu tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), namun PAC menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (1) (d) Dewan Rakyat untuk mengadakan prosiding ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

    Sementara itu, katanya, prosiding membabitkan Felcra Berhad yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan berikutan Pengarah Pengurusan syarikat WZR Property Sdn Bhd, Datuk Wan Nadzir Wan Mohamad tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

    “Untuk berlaku adil kepada beliau dan syarikat, PAC memerlukan keterangan dan penjelasan Datuk Wan Nadzir memandangkan beliau terlibat dengan perkara yang ingin disiasat oleh PAC.

    “Susulan itu, saya mohon supaya saksi berkenaan untuk hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan terhadap isu ini,” katanya.

    Selain itu, berkenaan pembentangan bagi Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), Kementerian Kesihatan (KKM), Mas Ermieyati, berkata PAC telah selesai mengadakan Mesyuarat Penyediaan Laporan (Housekeeping) pada 16 dan 17 Okt lalu.

    Katanya, isu itu telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, selain telah mengadakan prosiding pada 15 Jun, 22 Ogos, 14 Sept, dan 21 Sept dengan 12 saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.

    ALSO READ:  Sanusi dakwa tak diberi kerusi ketika mesyuarat bersama Anwar

    “Malah, isu ini turut didebatkan oleh ramai ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan LKAN semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 pada 6 Jun 2023,” katanya.

    PAC dijangka membentangkan laporan bagi isu berkenaan pada 30 Okt ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts