Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRU nanti Umno akan kaji sama ada perlu rakan atau tidak -...

    PRU nanti Umno akan kaji sama ada perlu rakan atau tidak – Mat Hasan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada masa ini untuk memastikan kelangsungannya sehingga parti itu mampu bangkit semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan.

    Berucap pada ceramah di Felda Chemomoi, Bentong malam tadi, Mohamad berkata objektif utama Umno sekarang adalah untuk memperkukuh parti itu sebagai persediaan menghadapi PRU16.

    Katanya, apabila sampai saat itu, Umno akan menilai semula kekuatannya dan akan memutuskan sama ada parti itu memerlukan rakan kongsi atau sebaliknya.

    “Insya-Allah matlamat utama kita 2027 selewat-lewatnya bulan Mei 2027 kita perlu mengadakan PRU ke-16.

    “Di situ nanti kita akan menilai diri kita. Di situ nanti kita pastikan sama ada kita dah kuat sangat ke, boleh berdiri sendiri ke, atau perlukan rakan ke ataupun tidak.

    “Kita nilai pada ketika itu. Jangan kita asyik menilai diri kita sekarang, memang kita tak kuat sekarang, kita perlu rakan.

    “Orang dah lemas, timbulkan dulu. Tengok pulau mana paling dekat, tebing mana paling dekat, berenang la situ dulu, naik dulu, keringkan badan, sihatkan badan,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong BN.

    Mohamad berucap pada program ‘Sembang Santai’ yang merupakan sebahagian daripada program kempen bagi calon BN, Amizar Abu Adam, yang bertanding di kerusi DUN Pelangai.

    Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Pertahanan itu menjelaskan kepada pengundi DUN Pelangai dan penyokong BN mengenai keputusan BN membentuk kerajaan perpaduan dengan PH yang pernah menjadi musuh ketat mereka.

    Kata Mohamad, BN setuju bekerjasama dengan PH selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar parti-parti sedia ada membentuk kerajaan perpaduan susulan keputusan PRU tahun lepas menunjukkan tiada mana-mana parti memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.

    ALSO READ:  Haji: Penalti lebih RM12,000 jika masuki 7 kawasan tanpa permit

    Mohamad juga menyalahkan kekalahan besar yang dialami BN pada PRU15 kepada PAS, yang menurutnya telah mengkhianati janji untuk bekerjasama apabila parti Islam memilih Bersatu sebagai rakan kongsi.

    Tambah Mohamad, adalah lebih baik bagi Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan berbanding di luar kerajaan.

    “Kalau kita dalam kerajaan banyak benda kita boleh buat, banyak agenda kita boleh uruskan, jadi janganlah silap faham,” tambah Ahli Parlimen Rembau itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts