Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPSM kesal PM bukan Melayu jadi isu, kabinet tiada wakil India

    PSM kesal PM bukan Melayu jadi isu, kabinet tiada wakil India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PSM menarik persamaan antara dua isu semasa yang hangat diperkatakan, menunjukkan ia adalah cerminan politik berdasarkan kaum yang mengakar di negara ini.

    Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan merujuk kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang mengenai perdana Menteri bukan Melayu dan kekurangan pemimpin yang boleh berbahasa Tamil dalam barisan baru kabinet.

    “Kedua-duanya menunjukkan rakyat Malaysia percaya hanya kaum mereka sendiri yang boleh menjaga mereka.

    “Ini amat menyedihkan kerana selepas 66 tahun merdeka, kita berpecah seperti biasa,” katanya kepada Malaysiakini.

    Ketika ditanya mengenai pelantikan ahli parlimen DAP Gobind Singh yang dilantik sebagai Menteri digital, Arutchelvan menyoal semula apakah orang Punjabi tidak boleh memegang jawatan di dalam kabinet hanya kerana mereka adalah kumpulan minoriti?

    “Kalau begitu logiknya, tidak ada bukan Melayu yang boleh jadi PM juga,” katanya.

    Pun begitu, Arutchelvan berkata mempunyai seorang Menteri berketurunan India atau boleh berbahasa Tamil tidak semestinya diterjemahkan sebagai perwakilan yang lebih baik untuk masyarakat itu, yang terus dibelenggu dengan masalah sosio-ekonomi.

    “Pada masa lalu, semasa pemerintahan 22 tahun Dr Mahathir Mohamad (sebagai perdana Menteri), terdapat gesaan dua jawatan Menteri penuh (diberikan) untuk kaum India, tetapi tidak menjadi kenyataan.

    Gambar fail, Mahathir ketika era pentadbiran PH 2018.

    “Kemudian semasa pemerintahan Mahathir selama 22 bulan (ketika era pentadbiran PH), tiba-tiba ada empat Menteri India. Saya masukkan juga Gobind sekali.

    “Tetapi perkara utamanya ialah, sama ada satu, dua, tiga atau empat Menteri, adakah masyarakat diwakili dengan lebih baik,” soalnya.

    Arutchelvan turut mencadangkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya membenarkan salah seorang daripada dua timbalan Menteri berbahasa Tamil, M Kulasegaran, R Ramanan dan K Saraswathy hadir semasa mesyuarat kabinet bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan.

    ALSO READ:  Kertas siasatan kes Agus kini di pejabat Peguam Negara

    “Sekali lagi, jika ini dibenarkan, bukankah kita juga perlu mempunyai wakil Orang Asli dalam kabinet?

    Wakil kaum atau wakil semua rakyat

    “Di manakah kita akan menentukan batasannya,” soalnya lagi.

    Bagi Arutchelvan, persoalan mudah ialah sama ada Menteri kabinet sepatutnya mewakili semua rakyat Malaysia atau hanya kaum masing-masing sahaja.

    “Malah Suruhanjaya Reid mengesyorkan sunset clause (tempoh masa berkuatkuasa akta) selama 15 tahun untuk Perkara 153, tetapi melihat bagaimana keadaan berkembang, diskriminasi berdasarkan garis kaum akan terus menjadi ciri kekal dalam masyarakat kita,” katanya.

    Gambar fail, Arutchelvan bersama pemimpin akar umbi PSM.

    Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sering disebut sebagai peruntukan yang melindungi “hak Melayu” atau “hak bumiputera”.

    Sementara itu, Arutchelvan turut menyatakan bagaimana ideologi politik berbilang kaum dan berasaskan darjat ekonomi dicabar oleh politik monoetnik.

    Katanya, ini menunjukkan kepentingan projek untuk pembinaan negara bangsa yang berteraskan perpaduan dan bukannya pecah dan perintah.

    Semalam, bekas timbalan ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kesal dengan kabinet baru kerana tiada pemimpin berketurunan India yang dilantik sebagai Menteri.

    Rombalan kabinet semalam menyaksikan Anwar menggugurkan V Sivakumar, yang merupakan satu-satunya anggota kabinet berketurunan India daripada jawatan Menteri sumber manusia.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts