Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPSM-Muda tak bertanding di KKB

    PSM-Muda tak bertanding di KKB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Pakatan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).

    Pengumuman tersebut dibuat pemangku presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz dan Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan pada sidang media khas yang diadakan di Rumah Hitam Muda di Petaling Jaya, hari ini.

    Antara sebab keputusan itu, kata Amira, adalah mereka ingin menumpukan kepada menjadi penyemak imbang untuk masyarakat di Kuala Kubu Bharu.

    “Selepas beberapa siri perbincangan bersama, Muda-PSM memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei nanti.

    “Keputusan diambil bagi membolehkan pengundi di KKB melaksanakan hak mengundi mereka dan mengemukakan referendum yang kuat terhadap prestasi kerajaan Madani.

    “Selain, membolehkan pengundi membuat keputusan (memilih) di antara parti pemerintah (penyandang) dan parti pembangkang utama,” kata Amira.

    Berikutan keputusan tersebut, hanya dua calon yang mengumumkan akan bertanding setakat ini iaitu calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

    (Laporan lanjut menyusul)

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts