Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPSM pertahan Anwar isu kenyataan 'maha kaya'

    PSM pertahan Anwar isu kenyataan ‘maha kaya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PSM mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan “maha kaya”. Timbalan pengerusinya, S Arutchelvan berkata secara realitinya, golongan maha kaya merupakan punca di sebalik kebanyakan masalah di dunia. “Orang kaya, jika mereka mahu, boleh membasmi kemiskinan dan menyelesaikan banyak isu, seperti kemiskinan, kebuluran, kelaparan, pengangguran, perubahan iklim, dan lain-lain. “Mereka memegang ahli politik dalam genggaman mereka untuk memastikan agenda mereka dipenuhi. Jurang pendapatan antara kaya dan miskin terlalu tinggi,” kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini, sambil menegaskan bahawa Malaysia salah satu daripada jurang pendapatan tertinggi di Asia. Kenyataan itu dikeluarkan sempena Hari Basmi Kemiskinan, hari ini.

    Menurutnya, Anwar sebenarnya, “sangat baik” kepada “maha kaya”, dalam erti kata cukai keuntungan modal (CGT) yang diperkenalkan baru-baru ini hanya terpakai kepada syarikat tidak tersenarai. Pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebelum ini membidas Anwar kerana “mensasarkan” golongan kaya dengan kenyataan “maha kaya” semasa ucapan Belanjawan 2024 pada Jumaat lepas. Anwar mempertahankan kenyataannya di Parlimen hari ini, dengan mengatakan bahawa dia tidak menentang kumpulan “orang kaya” itu mahupun cuba menindas mereka. Sebaliknya, perdana Menteri menegaskan kerajaan hanya berhasrat untuk mengurangkan subsidi bagi 10 peratus terkaya di Malaysia kerana mereka tidak memerlukan “sedekah” sedemikian untuk terus hidup.

    Mengulas lanjut, Arutchelvan berkata orang terkaya setiap negara mempunyai kesetiaan kepada hanya satu perkara – keuntungan. “Mereka akan membayar gaji paling rendah dan mengurangkan kos dalam segala cara untuk menjadi ‘maha kaya’. Mereka akan datang ke negara ini dengan buruh paling murah dan membayar komisen kepada mana-mana kerajaan untuk mengurangkan kos dan mengurangkan kerenah birokrasi. “Satu-satunya cara untuk memerah wang daripada ‘maha kaya’ adalah melalui undang-undang dan dasar percukaian; walaupun mereka mungkin mengupah pakar untuk mengelak pembayaran,” tambahnya.

    ALSO READ:  Sanusi angkat tangan 'lawan Anwar' jadi trend kempen

    Pengagihan kekayaan yang saksama hanya boleh diusahakan jika ‘maha kaya’ boleh bekerjasama dengan kerajaan, kata Arutchelvan, memetik gesaan Anwar supaya pemilik Padiberas Nasional Bhd (Bernas) Syed Mokhtar Al-Bukhary, menyalurkan RM60 juta keuntungannya kepada pesawah. “Ahli Parlimen PN bercakap seolah-olah (kesan) ‘trickledown’ berfungsi. Mereka lebih suka meletakkan tangan mereka pada wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul susah payah berbanding mengejar ‘maha kaya’,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts