Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPSM sangkal penjelasan k'jaan Perak isu pengusiran petani di Kanthan

    PSM sangkal penjelasan k’jaan Perak isu pengusiran petani di Kanthan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Parti Sosialis Malaysia (PSM) menolak penjelasan Pejabat Menteri Besar Perak yang menafikan berlaku pengusiran secara paksa ke atas sekumpulan petani di Kanthan di Tambun dan proses pengosongan tanah dibuat mengikut undang-undang.

    Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar berkata Seksyen 425 Kanun Tanah Negara tidak sesuai digunakan bagi tindakan itu, kerana seksyen tersebut adalah untuk penceroboh yang tiada kebenaran menggunakan tanah kerajaan.

    “Kami mohon tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana Seksyen 425 Kanun Tanah Megara yang digunakan terhadap kami hanya boleh digunakan terhadap penceroboh yang tiada kebenaran menggunakan tanah kerajaan.

    “Pihak kami telah bertapak di kawasan ini sejak 70 tahun dahulu dan telah dibenarkan oleh pentadbiran penjajah dan juga oleh Kerajaan Malaysia sehingga dua minggu yang lalu. Oleh itu, kami mempunyai “persetujuan tersirat” (implied consent).

    “Kami berada di sini dengan pengetahuan dan izin pihak pentadbir. Petani Kanthan pernah diberi bantuan oleh Jabatan Pertanian dalam bentuk baja sebelum ini. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pernah menawarkan pajakan untuk tanah yang kami usahakan pada tahun 2012.

    “Ini bererti mereka tahu kami memang bertapak di sini dan pada masa itu mereka ingin mengekalkan kehadiran kami di sini. Jadi, penggunaan Seksyen 425 terhadap kami adalah salah di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Jeyakumar yang juga bekas ahli Parlimen Sungai Siput berkata Seksyen 425 juga tidak memberi hak kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk menceroboh kebun, mencederakan orang dan memusnahkan tanaman.

    “Tindakan sebegini lebih kepada tingkah laku kumpulan samseng, bukan sebuah pentadbiran yang berhemah dan menghormati rakyat serta undang-undang negara,” katanya lagi.

    Pada Selasa lalu, polis menahan empat individu termasuk Jeyakumar kerana cuba menghalang pengusiran petani di situ.

    ALSO READ:  Dana RM168.7 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara

    Turut ditahan ialah Ahli Jawatankuasa PSM R Karthiges, anggota Pemuda PSM Perak P Kesavan, dan seorang petani yang dikenali sebagai Ho Pon Tien kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam.

    Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

    Mahkamah Tinggi Ipoh kemudian membenarkan permohonan penangguhan pengusiran sehingga 12 Januari depan yang dibuat enam petani, yang turut memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan notis pengusiran.

    Sementara itu, Jeyakumar mempersoalkan kenyataan kerajaan Perak berkenaan komitmen Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara dalam usaha menjadikan Negeri itu sebagai hab pengeluaran makanan negara.

    “Berkaitan dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang disebut oleh Menteri Besar Saarani Mohamad, adakah dia sedar kurang daripada 30 peratus keluasan di enam kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang diwujudkan di Perak sejak 2010 sedang diusahakan.

    “Dan lebih daripada 50 peratus daripada kawasan yang diusahakan adalah ditanam dengan kelapa sawit bukannya sayuran. Pada masa ini, enam kawasan TKPM yang diwujudkan bukan merupakan pengganti kawasan Kanthan yang membekalkan sayur-sayuran sebanyak 60 tan setiap hari,” katanya lagi.

    Dia juga membangkitkan tawaran tanah alternatif di Changkat Kinding yang telah diwartakan sebagai tanah pertanian – keputusan yang menurutnya dibuat tanpa mendapatkan pandangan petani terlibat.

    “Memang benar kenyataan Menteri besar bahawa sekumpulan petani dari kawasan C di Kanthan telah dibawa untuk melawat tapak penempatan semula di Kampung Kolam, Changkat Kinding, pada Mei 2021.

    “Apabila petani kawasan C dibawa untuk lawatan tapak, mereka mendapati bahawa kawasan itu berbukit-bukit dan tiada sumber air yang mencukupi untuk penanaman sayuran

    “Tambahan pula, ada beberapa kolam menternak ikan di kawasan kaki bukit dan pihak petani khuatir baja dan ubat racun yang biasa digunakan dalam penanaman sayur-sayuran boleh mencemari kolam-kolam ini,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Australia Selatan berdepan gelombang baru Covid-19

    Jeyakumar berkata, pihaknya telah memohon untuk membincangkan perkara itu dengan PKNP dan PTG dan masih menunggu kedua-dua pihak mengaturkan sesi pertemuan mereka.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts