Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Dis 2023

    PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Dis 2023

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas, dengan 6.25 juta akaun direkodkan sejak skim itu diperkenalkan pada 2004.

    Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan berkata pencapaian membanggakan itu membuktikan usaha PTPTN untuk mentransformasi minda masyarakat agar membudayakan amalan menabung sekali gus mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman diterima baik.

    PTPTN dalam kenyataan sama memaklumkan sehingga Disember lepas, agensi itu telah membantu 3.95 juta pelajar melibatkan dana pinjaman dikeluarkan berjumlah RM71.32 bilion manakala sebanyak RM2.91 bilion bayaran balik diterima tahun lepas, peningkatan RM144.37 juta atau 5.21 peratus berbanding 2022.

    Sementara itu seiring dengan transformasi pendigitalan, PTPTN sentiasa komited bagi menambah baik aplikasi myPTPTN untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dan sehingga 31 Dis 2023, lebih 1.1 juta pelanggan telah mendaftar sebagai pengguna myPTPTN.

    “Tahun 2023 memperlihatkan usaha PTPTN yang menyeluruh dalam penyampaian perkhidmatan secara digital kepada pelanggan bersifat hujung ke hujung. Aplikasi myPTPTN ini akan membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di mana-mana sahaja tanpa sempadan dengan lebih mudah, cepat dan selamat,” menurut kenyataan itu.

    PTPTN turut berkongsi kejayaan merangkul anugerah dan pengiktirafan atas kecemerlangannya tahun lepas antaranya Anugerah Khas PayNet bagi Kategori 100 peratus Kadar Penggunaan Pembayaran Digital melalui Kempen Cashless Boleh oleh pihak PayNet dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Anugerah Institusi Simpanan Terbaik Generasi Baharu Pilihan PA&MA, Most Effective Use of Integrated Media (Astro) dan Most Creative Govt Sector/Non-Profit Marketing (Astro).

    Menurut PTPTN sepanjang 2023 juga, agensi itu proaktif bekerjasama dengan agensi awam dan swasta antaranya kerajaan Negeri Sabah melalui Program BAKTI, Program BUDI dan Program BISTARI, kerjasama strategik dengan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Program Insentif Simpanan Anak Veteran ATM dan Program Dermasiswa.

    ALSO READ:  Rafizi: Dasar nadir bumi bukan hipokrit, elak penyalahgunaan k'jaan Negeri

    “Selain itu, sebanyak 18 kementerian dan empat agensi awam peringkat persekutuan dan Negeri telah memberikan insentif Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam bentuk akaun Simpanan SSPN,” menurut kenyataan itu.

    Bagi meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman, PTPTN memaklumkan pelbagai kerjasama dilaksanakan termasuk melalui Memorandum Persefahaman dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan.

    “Kerjasama juga diadakan dengan kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak selain kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi Insentif Bayaran Balik Anak Asnaf penerima Bantuan Bulanan MUIP,” menurut kenyataan itu.

    PTPTN juga memaklumkan telah melaksanakan wakaf pendidikan tinggi sebagai antara inisiatif mempelbagaikan sumber dana bagi tujuan pembiayaan pendidikan tinggi dengan memeterai Memorandum Perjanjian bersama Yayasan Waqaf Malaysia pada 22 Feb lepas bagi memastikan pengurusan dan pengagihan Wakaf Tunai PTPTN secara berkesan dan efektif.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts