Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPua sindir 'mohon ampun' dari Pemuda Umno

    Pua sindir ‘mohon ampun’ dari Pemuda Umno

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ahli parlimen Tony Pua menyindir pihak yang menuntut permohonan maaf daripadanya kerana didakwa mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini untuk meringankan hukuman penjara bekas perdana Menteri Najib Razak.

    Menulis dalam bahasa Inggeris pada siaran di Facebook, Pua telah memuat naik status “sebuah hantaran penuh penyesalan” yang memohon “pengampunan daripada Pemuda Umno dan untuk mengelakkan dia pergi ke Bukit Aman, sekali lagi” bagi diambil keterangan mengenai perkara itu.

    Pua memperli pengurangan hukuman Najib, menyatakan rasa “keterujaan” terhadap pengurangan hukuman penjara dan denda.

    “Najib yang dikasihi, saya sangat teruja untuk mendengar 50 peratus hukuman anda diringankan ke tahun 2028 dan pengurangan denda sebanyak 74 peratus daripada RM210 juta,” tulis Pua.

    ![Pua](https://i.malaysiakini.com/1292/b9626cdf4bbf0de039ac0272031a715c.jpeg)

    “Saya pasti anda akan menggunakan semua simpanan yang diperolehi dengan susah payah ini untuk membantu semua anak yatim dan fakir miskin, seperti yang anda lakukan pada masa lalu,” tulisnya lagi.

    Pua dengan sinis berkata dia cukup bersemangat untuk melihat Najib “mendapat diskaun yang lebih besar dalam hukumannya” jika yang bekas perdana Menteri itu menunjukkan “kelakuan yang baik”.

    “Wah, kami boleh mengharapkan anda berkempen untuk Umno pada pilihan raya umum 2027,” tulisnya.

    Beliau juga enggan melepaskan peluang untuk menyindir isteri Najib, Rosmah Mansor – yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

    ![Rosmah Mansor](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/b55c2d5c43757b55b9e0419bddc8db5b.jpg)

    “Dalam pada itu, saya juga difahamkan isteri kesayangan anda (Rosmah) mungkin akan menyertai awak (Najib) untuk menemani anda selama beberapa tahun.

    “Bagi kes tertunggak anda mengenai 1MDB, saya tidak bimbang. Lagipun, bekas timbalan anda (Ahmad Zahid Hamidi) berjaya mendapatkan pelepasan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

    “Dalam senario terburuk, kami boleh meminta lebih banyak diskaun.

    ALSO READ:  Polis sahkan terima laporan ancaman bom di Menara MBJB

    “Alangkah gembiranya! Kami semua menantikannya. Tunggu di situ,” tulisnya.

    ![Najib](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/285898c159567e0a39c8c8a9c7ecfb63.jpg)

    Kenyataan Pua ini selepas Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh (gambar atas) berkata pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Pua atas sikap “biadab” mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini.

    “Jumpa kamu di mahkamah,” katanya.

    Sementara itu, Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail (gambar bawah) turut menggesa Pua supaya membuat permohonan maaf serta memadam semua hantarannya itu atau berdepan tindakan undang-undang.

    Katanya, Pua seolah-olah cuba meraih publisiti murahan.

    ![Najib](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/2e54e92459828a3aa08e5adb7f7f9c39.jpg)

    Lembaga Pengampunan pada Jumaat mengumumkan tempoh hukuman penjara terhadap Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, yang bermakna dia akan dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028.

    Dalam mesyuarat pada Isnin (29 Jan), lembaga itu turut mengurangkan denda yang dikenakan ke atas Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Selasa (30 Jan).

    Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International pada Ogos 2022.

    ![Najib](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/b5c4e2edf5a5dd49f6352fefe013cb4c.jpg)

    Selepas keputusan itu diketahui umum, Pua membuat beberapa hantaran di Facebook, yang seolah-olah mempersendakan keputusan berkenaan, antaranya:

    “Bolehkah seseorang hantar saya ke penjara selama 1 tahun dan sebagai pertukaran, bayar saya RM50 juta? Tolonglah”

    Satu lagi hantaran dalam bahasa Inggeris berbunyi: “i beg your pardon?”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts