Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPuad: Analisis Langkah Dubai cetek, J-Kom wajar dirombak

    Puad: Analisis Langkah Dubai cetek, J-Kom wajar dirombak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi menyeru agar Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dirombak secara menyeluruh selepas isu ‘Langkah Dubai’ menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil sikap defensif.

    Mohd Puad juga mempersoalkan motif Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop, kerana menimbulkan isu berkenaan yang disifatkannya sebagai “analisis cetek”.

    “Apakah keperluan Timbalan Ketua Pengarah J-Kom untuk membawa isu Langkah Dubai? Seperti yang diucapkan oleh perdana Menteri Sarawak, cerita Langkah Dubai adalah cerita ‘paloi’ (bodoh).

    “Analisis Ismail Yusop terlalu cetek. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil sikap defensif kerana beberapa nama dalam kerajaan disebut.

    “Lebih baik jika J-Kom memfokuskan naratif kerajaan ke atas musibah yang dilalui dan tidak akan tercapai. (Ahli MKT Umno) Ahmad Maslan juga menyebutnya sebagai fatamorgana (khayalan)” katanya dalam hantaran di Facebook.

    Mohd Puad menambah, reputasi J-Kom semakin merosot selepas tercetusnya isu kontroversi melibatkan rakaman perbualan bekas ketua pengarahnya, Mohammad Agus Yusof, dan kakitangan agensi tersebut Abdul Wahab Abd Kader Jailani beberapa bulan lalu.

    Maka jelaslah bahawa perlu J-Kom dijenamakan semula secara menyeluruh bagi meningkatkan keyakinan orang ramai.

    “Oleh itu, adalah sangat wajar untuk J-Kom dirombak sepenuhnya, rebranding total, dan dipimpin oleh individu yang lebih kompeten,” tambahnya lagi.

    Bagaimanapun, kenyataan Mohd Puad bertentangan dengan kenyataan Ahmad Zahid yang mengesahkan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah Dubai.

    Semalam, Ahmad Zahid mendakwa gerakan tersebut tidak hanya disokong oleh pemimpin dari parti pembangkang, tetapi turut disertai oleh individu tertentu dari blok kerajaan.

    Ahmad Zahid turut menyatakan beliau telah menerima laporan perisikan berkenaan gerakan tersebut sebaik sahaja individu yang terlibat tiba di lokasi yang dilaporkan, dan selepas mereka selesai mengadakan pertemuan.

    ALSO READ:  Factbox-Countries with confirmed cases of new mpox variant

    Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memilih untuk tidak memberi perhatian kepada rancangan sulit tersebut.

    Walaupun menyedari wujudnya rancangan seperti itu, Anwar menyatakan bahawa fokus kerajaan pada masa kini adalah untuk membangunkan negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts