Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPuad cabar Muda tarik sokongan agar terbukti 'anak jantan tulen'

    Puad cabar Muda tarik sokongan agar terbukti ‘anak jantan tulen’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk melaksanakan ‘amaran’ mereka terhadap kerajaan. Malah Mohd Puad juga menganggap langkah tersebut boleh membuktikan amaran Muda benar-benar “anak jantan yang tulen” atau sebaliknya. Dalam hantaran di Facebook hari ini, Mohd Puad menyifatkan amaran Muda beberapa hari lalu sebagai satu ugutan kerana tidak diterima menyertai PH sebelum ini.

    “Parti Muda tidak perlu memberi amaran untuk menarik sokongan atau turun ke jalan raya. Tarik sahaja sokongan jika Muda anak jantan tulen. Lagipun Muda secara tidak rasmi sudah keluar dari kerajaan perpaduan. Muda bertanding solo di PRN enam Negeri, semua hilang deposit. Muda yang melanggar garis panduan,” katanya.

    Mohd Puad yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Johor menambah Muda tidak perlu menjadikan kes Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini sebagai ‘ugutan’ untuk membolehkan parti itu diterima masuk PH.

    Kenyataan Mohd Puad itu datang selepas Muda pada 5 Sept lalu memberitahu mereka akan menilai semula sokongan terhadap kerajaan serta mungkin turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah Ahmad Zahid.

    Untuk rekod, kerajaan kini disokong oleh 148 daripada 222 anggota parlimen, dan ia merupakan jumlah asas untuk membentuk majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat.

    Pada 4 Sept, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi. Langkah itu diambil oleh hakim Collin Lawrence Sequerah selepas pihak pendakwaan sendiri memohon untuk memberhentikan prosiding dengan memberikan 11 alasan. Permohonan itu dibuat oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

    ALSO READ:  Kenapa TV Pertiwi disekat? Ini penjelasan SKMM

    Ketika ini Muda mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat iaitu presiden parti itu sendiri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang memenangi kerusi parlimen Muar pada PRU lalu. Muda juga mempunyai seorang wakil dalam DUN Johor apabila Amira Aisya Abd Aziz memenangi kerusi Wangsa Puteri dalam PRN Negeri itu pada awal tahun lalu.

    Kata Mohd Puad, Muda tidak perlu menunggu apa-apa penjelasan pun sebelum mengambil langkah berkenaan. “Rupa-rupanya Muda juga malas membaca 11 alasan pendakwa raya,” katanya.

    Mohd Puad juga mencadangkan supaya Syed Saddiq mengosongkan kerusi parlimennya. “Daripada mengugut kerajaan agar kehilangan majoriti dua per tiga, eloklah Syed Saddiq mengosongkan kerusi. Bolehkah Muar dan Puteri Wangsa menang tanpa sokongan PH? Confirm tidak berani tarik sokongan. Hanya mengugut,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts