Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPuad ingatkan warga emas 'kebal', jangan lupa kes kawan Pol Pot

    Puad ingatkan warga emas ‘kebal’, jangan lupa kes kawan Pol Pot

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi berkata terdapat golongan tertentu di negara ini yang menganggap diri mereka “kebal” daripada tindakan undang-undang dan tidak boleh didakwa. “Sebab itu pihak berwajib tidak boleh bertolak ansur. Siasat walaupun usia mereka lanjut. Kheu Sampan kawan Pol Pot didakwa pada umur 91 tahun, katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini. Pemimpin Umno itu merujuk kes rakan mendiang diktator Kemboja Pol Pot, Khieu Samphan, yang terpaksa meringkuk di penjara selepas disabitkan atas dakwaan pembunuhan genosid.

    Puad berkata demikian ketika mengheret bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri kewangan Daim Zainuddin semasa menyuarakan bantahannya terhadap dokumentari Man on the Run, yang mengisahkan skandal 1MDB.

    Walaupun fokus dokumentari itu adalah kepada usahawan yang menjadi buruan, Jho Low, pemimpin Umno itu merasakan keperluan untuk menyatakan bahawa bekas perdana Menteri Najib Razak tidak melarikan diri. “Siapa sebenarnya Man on the Run? Daim? Menantu Muhyiddin? Atau Dr Mahathir? Najib tidak pernah lari walaupun berhadapan dengan puluhan tuduhan. Dia tidak akan lari,” katanya lagi.

    SPRM sedang menyiasat Daim berhubung kebocoran Kertas Pandora manakala suruhanjaya itu telah mengklasifikasikan menantu bekas perdana Menteri Muhyiddin, Muhammad Adlan Berhan sebagai orang dikehendaki berhubung siasatan rasuah.

    Najib, sebaliknya, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas sabitan kes SRC International. Dia juga menghadapi pelbagai pertuduhan berkaitan 1MDB.

    Sementara itu, Puad berkata ada asas untuk peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah meminta kerajaan mengarahkan Netflix untuk mengeluarkan dokumentari itu. “Banyak fakta salah, prejudis, fitnah dan tidak adil terhadap Najib yang sedang dalam perbicaraan,” katanya.

    Pemuda Umno juga sebelum ini berang dengan dokumentari di Netflix itu yang mengaitkan bekas perdana Menteri tersebut dengan pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais dan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts