Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPuasa: Orang ramai dinasihat ambil makanan karbohidrat kompleks

    Puasa: Orang ramai dinasihat ambil makanan karbohidrat kompleks

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Orang ramai dinasihati mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks terutamanya ketika negara sedang dilanda fenomena El Nino bagi mengelak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.

    Pensyarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin berkata pengambilan makanan daripada kandungan itu seperti buah kurma akan terurai secara perlahan sekali gus menyebabkan tempoh kenyang lebih lama berbanding pengambilan gula putih.

    “Pemakanan yang mengandungi gula putih baik untuk pengekalan tenaga, tetapi apabila satu hingga dua jam selepas sahur, tenaga berkurangan akibat proses penguraian yang pantas,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.

    Beliau berkata strok haba adalah penyakit disebabkan kepanasan melampau yang didahului dengan kekejangan haba diikuti kelesuan haba yang antara lain berlaku apabila suhu badan meningkat, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau.

    Kurma dan mentega

    Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini memaklumkan fenomena El Nino bermula pertengahan tahun lepas boleh berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

    Sementara itu, ketika diminta mengulas isu tular menerusi media sosial berkaitan kurma yang dimakan bersama mentega, Dr Suhainizam berkata ia tidak boleh dijadikan amalan dalam pemakanan.

    “Kurma bagus kerana mempunyai gula kompleks, tetapi apabila digabungkan dengan mentega yang mengandungi lemak tinggi boleh mendatangkan masalah lain.

    “… termasuklah yang tular tentang isu meminum air dengan meletakkan garam celtic, bahaya jika amaun yang ditambahkan dalam minuman tidak tepat, akan menyebabkan terjadinya masalah lain,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts