Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPublic Bank, NFCorp diberi kebenaran merayu

    Public Bank, NFCorp diberi kebenaran merayu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Public Bank Berhad yang didapati bertanggungjawab atas pelanggaran kerahsiaan terhadap National Feedlot Corporation (NFCorp) dan empat yang lain, diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan hari ini untuk meneruskan rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

    Panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim turut memberikan kebenaran kepada NFCorp dan empat yang lain untuk merayu balas keputusan mahkamah rayuan mengenai ganti rugi nominal yang diberikan dalam tuntutan mahkamah mereka terhadap bank itu.

    Saman itu difailkan oleh NFCorp, pengerusinya Datuk Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak syarikatnya, iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd.

    Mohamad Salleh ialah suami kepada bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

    “Kami membenarkan kedua-dua permohonan itu,” kata Hakim Hasnah yang bersidang bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

    Setiap pemohon mencadangkan dua soalan undang-undang untuk penentuan oleh Mahkamah Persekutuan dan Hakim Hasnah memutuskan 14 Mei sebagai pengurusan kes.

    Pada 30 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh NFCorp, Mohamad Salleh, dan tiga anak syarikat untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan mereka.

    Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat salah faham yang serius terhadap bukti yang memerlukan campur tangan di peringkat rayuan.

    Bagaimanapun Mahkamah Rayuan memutuskan memandangkan perayu telah berjaya membuktikan liabiliti tetapi gagal membuktikan ganti rugi, mahkamah memberikan award sejumlah RM10,000 sebagai ganti rugi nominal.

    Pada 29 Julai 2019, Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan mereka pada 2012 terhadap Public Bank berhubung kontrak bagi melindungi kerahsiaan akaun bank mereka.

    ALSO READ:  LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Hari Raya

    Mereka mendakwa bank itu telah melanggar kerahsiaan dengan membenarkan butiran transaksi perbankan didedahkan oleh Naib Presiden PKR ketika itu Rafizi Ramli (kini Menteri Ekonomi).

    Mereka juga mendakwa reputasi dan kredibiliti perniagaan mereka telah mengalami kerugian dan terjejas teruk yang tidak boleh diperbaiki akibat pelanggaran keselamatan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

    Peguam KK Chan, Poh Choo Hoe, dan Tiang Min Min mewakili Public Bank, manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Sarah Abishegam mewakili NFCorp, Mohamad Salleh, serta tiga anak syarikat berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts