Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPusat kesihatan swasta boleh ambil jururawat warga asing mulai Oktober

    Pusat kesihatan swasta boleh ambil jururawat warga asing mulai Oktober

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Fasiliti kesihatan swasta dibenarkan mengambil jururawat terlatih warga asing (JTWA) tanpa kelayakan pos basik bermula 1 Okt ini, namun ia tertakluk kepada beberapa syarat, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

    Syaratnya adalah JTWA perlu menduduki ujian Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses yang dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia dan bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta tidak boleh melebihi 40 peratus daripada jumlah jururawat di fasiliti berkenaan.

    Syarat lain adalah pengambilan JTWA adalah sah bagi tempoh 12 bulan sahaja iaitu mulai 1 Okt 2023 sehingga 30 Sept 2024 dan pelanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) JTWA serta dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.

    “Pengambilan JTWA juga hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dr Zaliha berkata kekangan berkenaan pengambilan JTWA oleh pihak swasta seperti yang termaktub dalam Employment Criteria for Foreign Trained Nurses In Malaysia 2018, telah dikaji semula dan diberi kelonggaran bersyarat sementara demi kepentingan perkhidmatan yang lebih mampan dan berdaya saing.

    Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan langkah itu akan memberi kesan positif terhadap pelbagai sektor seperti industri pelancongan kesihatan, dan seterusnya merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara.

    “Keputusan ini telah disambut baik oleh industri perubatan swasta kerana ia dapat membantu mengoptimumkan pengoperasian dan perkhidmatan mereka,” katanya.

    Menegaskan KKM tetap memberi keutamaan kepada kebajikan dan prospek kerjaya jururawat tempatan, Dr Zaliha berkata KKM akan melaksanakan pengambilan tetap graduan Diploma Kejururawatan dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta secara berfasa bagi tahun 2024 dan 2025.

    ALSO READ:  Banjir T'ganu makin buruk: Lebih 4,700 mangsa di PPS

    “Langkah ini diambil untuk mengisi keperluan jururawat di fasiliti KKM dan akan memastikan peluang pekerjaan jururawat tempatan terpelihara,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts