Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul telah dibuka pada pukul 9 pagi hari ini. Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam iaitu dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi sebelum calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Datuk Mohammad Shahid Ismail. PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal. Berita ini disiarkan oleh Bernama.
Shopee.com.my
(Ready Stock)Coffee Bean Hand Brew Pour Over French Press Grinder Stainless...
RM18.30