Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman yang sedih menyaksikan keganasan yang semakin meningkat di Gaza menyeru agar operasi ketenteraan dihentikan di bandar-bandar yang terkepung.
Bercakap pada sidang kemuncak pertama Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Asean di Riyadh, beliau mahu negara Palestin diwujudkan untuk keamanan berkekalan di Asia Barat, lapor Agensi Anadolu.
āKami menekankan perlunya operasi ketenteraan dihentikan dan mewujudkan keadaan aman yang berkekalan bagi menjamin penubuhan negara Palestin,ā katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung dalam bahasa Arab.
Di Riyadh, pemimpin GCC dan Asean berkumpul pada sidang kemuncak bersama pertama mereka sejak kedua-dua blok itu menjalin hubungan pada 1990.
“Kami yang berkumpul di sini turut merasa sedih melihat keganasan yang semakin meningkat di Gaza, dengan orang awam yang tidak bersalah menjadi mangsa,” kata putera mahkota kepada pemimpin 10 anggota Asean, merujuk kepada serangan udara Israel ke atas Gaza yang sudah memasuki dua minggu, sejak 7 Okt.
-Bernama