Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Puting beliung' landa Lahad Datu

    ‘Puting beliung’ landa Lahad Datu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kejadian pusaran angin seperti puting beliung telah menerbangkan beberapa kepingan bumbung zink bangunan di Jalan Segama Industrial State, Batu 1 di Lahad Datu tengah hari tadi dan fenomena tersebut sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi terbabit.

    Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan pihaknya turut ke lokasi kejadian pada jam 2.40 petang.

    “Berdasarkan saksi di tempat kejadian memaklumkan kejadian sebenar berlaku antara jam lebih kurang 1.30 tengah hari dan kejadian itu berlaku pantas, dalam tempoh antara tidak lebih daripada 60 saat.

    “Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu, ” katanya.

    Menurut Rohan Shah, pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat dua bangunan terjejas dan berlaku kerosakan pada beberapa bahagian bumbung deretan bangunan kedai.

    “Polis juga tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam,” katanya.

    Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah ketika dihubungi berkata pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian puting beliung itu namun nilai anggaran kerosakan masih belum diketahui.

    Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts