Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPutrajaya setuju serah kuasa kawal selia elektrik Sabah pada k'jaan Negeri

    Putrajaya setuju serah kuasa kawal selia elektrik Sabah pada k’jaan Negeri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Persekutuan bersetuju menyerahkan kuasa kawal selia bekalan elektrik Negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan Negeri Sabah secara berfasa, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA).

    “Keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

    Fasa satu yang melibatkan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa semalam, manakala fasa dua melibatkan penyerahan SESB dalam tempoh tujuh tahun yang dijangka selesai pada 2030.

    “Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawal selia itu, kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan peranancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di Negeri Sabah dengan sendiri,” menurut kenyataan itu.

    Kementerian itu berkata kerajaan bersedia untuk bekerjasama dan memberi bimbingan sekiranya kerajaan Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada kerajaan Persekutuan.

    “Selepas penyerahan ini, adalah diharapkan kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa komited dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di Negeri berkenaan,” menurutnya.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas berkata kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan Negeri Sabah telah mencapai kesepakatan berhubung penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang berkuat kuasa pada 3 Jan 2024.

    Anwar berkata walaupun kuasa kawal selia diserahkan kepada Sabah, kerajaan Persekutuan tetap akan terus membantu kerajaan Negeri dalam mengukuhkan industri elektrik di Sabah melalui pemberian subsidi kepada SESB sehinggalah Pelan Tranformasi SESB berjaya dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun iaitu sehingga 2030.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts