Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza belum memberikan sebarang hasil.
“Setakat ini, rundingan itu tidak menunjukkan hasil yang jelas.
“Kami yakin dan optimis bahawa kita boleh mencapai sesuatu hari ini atau esok,” kata jurucakap Kementerian Luar, Majed Al-Ansari dalam satu sidang media di Doha semalam.
Jurucakap Qatar itu menyatakan bahawa negara mereka sedang berusaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza menjelang Ramadan yang akan bermula minggu depan, dilaporkan oleh Agensi Anadolu.
“Walau bagaimanapun, situasi di lapangan adalah sangat berbeza kerana terdapat banyak halangan,” katanya.
Al-Ansari menekankan bahawa aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza semakin berkurangan, dan meminta komuniti antarabangsa untuk bertindak dengan membenarkan akses kebekalan bantuan ke Palestin.
Qatar, bersama Mesir dan Amerika Syarikat, bertindak sebagai pengantara antara Hamas dan Israel dalam usaha untuk menghentikan serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza.
Hampir 29,900 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.
-Bernama