Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRafidah: Fokus urusan mudahkan rakyat, bukan pakaian

    Rafidah: Fokus urusan mudahkan rakyat, bukan pakaian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Menteri kanan, Rafidah Aziz, berkata dasar-dasar baru yang digubal dan dilaksanakan perlu memberi tumpuan kepada peningkatan taraf hidup rakyat, bukannya mengawal selia pakaian mereka.

    “Apabila peraturan dan arahan berdasarkan penilaian serta pendapat subjektif semata-mata, maka akan wujud perpecahan dan perbezaan pendapat negatif.

    “Perdebatan akan diteruskan apabila lebih banyak jabatan kerajaan memutuskan menjadi polis moral.

    “Adalah jelas bahawa kecenderungan untuk mengenakan peraturan dari kepala hingga kaki ke atas pakaian seseorang tidak menyumbang kepada keharmonian sosial,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

    Pada 15 Dis lalu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempertahankan keputusan menguatkuasakan etika berpakaian bagi pengunjung yang menjalankan urusan di premisnya.

    Sebelum itu seorang lelaki berseluar pendek diminta memakai kain sarung sebelum dibenarkan masuk ke pejabat MPKS.

    Isu etika berpakaian di premis-premis kerajaan kembali menjadi tumpuan selepas seorang warga emas dilarang melawat abang iparnya di sebuah hospital kerajaan ditegur kerana berseluar pendek, selain diperingatkan mengenai Rukun Negara.

    Pada 9 Dis lalu pula, seorang lelaki mendakwa anggota polis memintanya menukar seluar panjang terlebih dahulu ketika mahu membuat laporan mengenai kejadian kecurian dan insiden keretanya dipecahkan oleh penjenayah di Pulau Pinang.

    Rafidah berkata pentadbir urus awam perlu memberi tumpuan kepada perkara yang memberi manfaat kepada rakyat serta membina Malaysia yang kukuh serta bersatu.

    Bekas ketua Wanita Umno itu juga menegaskan, kakitangan kerajaan tidak wajar membuang masa dan sumber pada peraturan tidak masuk akal serta membebankan rakyat, terutamanya mereka yang dalam kategori rentan.

    “Terdapat banyak kerja serius yang perlu dilakukan untuk memastikan anak muda kita boleh bersaing dengan rakan sebaya global mereka dan untuk dasar sosioekonomi dilaksanakan bagi membolehkan negara mencapai tahap penanda aras global.

    ALSO READ:  SPRM cekup anak MB Perlis

    “Kita tidak boleh dibebani dengan perkara remeh dan sesuatu yang tidak relevan, yang hanya menjejaskan perkara serius tadbir urus awam,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts