Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRafidah tegur ahli politik 'tabur pasir' dalam periuk nasi orang

    Rafidah tegur ahli politik ‘tabur pasir’ dalam periuk nasi orang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia akan mundur jika kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan konkrit dilakukan untuk membendung isu-isu perpecahan yang diwujudkan dan diburukkan lagi atas tujuan politik peribadi, kata Rafidah Aziz.

    Kegagalan pihak berkuasa bertindak juga akan memberi gambaran seolah-olah pemimpin Malaysia lemah dan boleh diugut, kata bekas Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.

    “Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara tanpa kemudi, dipengaruhi oleh Napoleon kecil yang berfikiran sempit, yang memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah menguasai (hold to ransom) pemimpin dalam kerajaan campuran.

    “Dunia sedang memerhati kita,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

    Rafidah juga berkata tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Malaysia berhasrat serta berusaha untuk hidup dalam persekitaran yang aman, muhibah dan harmoni.

    “Tetapi, dari semasa ke semasa, didorong oleh ego yang melambung tinggi dan terang-terangan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kepentingan yang diandaikan itu, maka ada pihak yang bertindak tanpa mengambil kira akibat negatif, terutamanya perpecahan dalam masyarakat.

    “Ia seperti menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain,” tambahnya.

    ‘Lawan api lalang’

    Justeru, Rafidah berharap kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah tegas untuk menangani tindakan sedemikian.

    Dia juga menyifatkan tindakan memecahbelahkan masyarakat ini sebagai batu penghalang kepada perpaduan nasional, yang mengalihkan perhatian dan pembinaan negara kepada usaha “melawan api lalang.”

    “Kita dan kerajaan tidak boleh terus-menerus tertekan dan terganggu dengan isu-isu tidak perlu yang dicipta ini, dan sengaja disemarakkan oleh orang yang mempunyai objektif politik peribadi mereka sendiri tetapi dengan mengorbankan rakyat dan negara,” tambahnya.

    Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Manivanan Gowin mencadangkan 10 prosedur operasi standard (SOP) untuk diguna pakai polis bagi menangani jenayah berkaitan kaum, agama dan raja-raja (3R).

    ALSO READ:  'Buka jalan baru bukan penyelesaian kesesakan trafik'

    Dia juga berkata polis perlu memulakan siasatan walaupun tiada laporan polis.

    Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail mempertahankan kenyataan polis bahawa ‘tiada tindakan jika tiada laporan dibuat’.

    Saifuddin menjawab gesaan supaya polis menyiasat Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kerana didakwa menghasut ucapan perkauman ketika memaparkan gambarnya menghunus (pedang Jepun) “katana” yang dimuat naik di halaman Facebooknya.

    Terdahulu, ketua polis negara berkata siasatan tidak boleh dimulakan sekiranya tiada laporan difailkan.

    Kenyataannya itu mendapat kritikan daripada beberapa pihak, dengan NGO Lawyers for Liberty menyelarnya sebagai pihak berkuasa melakukan pendakwaan terpilih.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts