Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRafidah tegur 'kaki bakar' - Henti ambil kesempatan isu stoking

    Rafidah tegur ‘kaki bakar’ – Henti ambil kesempatan isu stoking

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Menteri Rafidah Aziz hari ini menggesa Putrajaya menghentikan pihak yang bersuara lantang dalam gabungan parti pemerintah daripada mencetuskan ketegangan lagi dalam isu stoking yang tertera kalimah Allah.

    Rafidah berkata tiada sesiapa pun harus dibenarkan mengambil kesempatan secara politik daripada isu itu.

    Walaupun dia tidak menyebut nama, Rafidah dipercayai secara tidak langsung mengulas kelantangan Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh atas pendirian tegasnya berhubung kontroversi stoking “Allah”.

    Rafidah menyarankan ahli politik Islam mencontohi teladan kelakuan dan budi pekerti baginda Nabi Muhammad SAW apabila berhadapan dengan individu yang jahat.

    “Nabi tidak membiarkan ego menguasai diri.

    “Jika orang seperti ketua Pemuda tidak boleh cuba mencontohi nabi besar kita, dalam hal cara nabi melayan orang lain, maka dia tidak menegakkan apa yang agama harapkan kepadanya.

    “Kami tidak memerlukan baka pembangkit semangat pemberontak (rabble rouser), yang hanya akan menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya pada satu kenyataan kepada Malaysiakini.

    Rafidah mengulas mengenai peningkatan suhu politik berhubung kontroversi stoking yang timbul minggu lalu apabila imej stoking yang tertera kalimah Allah dijual di kedai KK Mart Bandar Sunway tular di media sosial.

    Walaupun pihak berkuasa telah bertindak dengan menyiasat kejadian itu, beberapa ahli politik termasuk Akmal telah terus membuat komen mengenai isu berkenaan.

    Ini termasuk menyeru orang ramai memboikot KK Mart dan menuntut rangkaian kedai serbaneka itu memasang sepanduk di semua cawangannya memohon maaf kepada umat Islam.

    Rafidah berkata kerajaan mempunyai banyak lagi isu mendesak yang perlu ditangani dan tidak boleh diganggu gugat.

    “Kerajaan tidak boleh membiarkan dirinya berada dalam situasi yang sukar kerana terpaksa menguruskan pemberontak dalamannya dan memastikan ketegangan tidak meningkat.

    ALSO READ:  KPDN rampas 153 cermin depan kenderaan disyaki tiruan

    “Sudah ada begitu banyak isu mendesak untuk ditangani dan diuruskan…tanpa terganggu oleh masalah tidak wajar seperti isu stoking.

    “Tindakan sudah diambil. Tiada siapa yang boleh dibenarkan mengambil kesempatan daripada politik. Masyarakat dan negara akan terluka dengan semua itu,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts