Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRafizi: Perlu lebih banyak pemula niaga, syarikat teknologi tinggi di Bursa

    Rafizi: Perlu lebih banyak pemula niaga, syarikat teknologi tinggi di Bursa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hanya sebilangan kecil pemula niaga dan syarikat berteknologi tinggi bersedia untuk disenaraikan di Bursa Malaysia kerana majoriti syarikat di Malaysia kekal dalam sektor tradisional, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

    Rafizi berkata walaupun Malaysia mempunyai kekuatan dalam industri elektrik dan elektronik sebagai pengeksport global, hanya empat hingga lima peratus syarikat berteknologi tinggi disenaraikan di bursa tempatan.

    “Sayang sekali, kerana negara ini diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu pemain semikonduktor terpenting di dunia,” katanya semasa sesi forum “From Malaysia to the world, open for tech business” pada Sidang Kemuncak KL20 2024, di Kuala Lumpur, hari ini.

    Rafizi berkata perlu ada peranancangan bagi syarikat teknologi dan pemula niaga untuk bersiap sedia bagi penyenaraian untuk meningkatkan ekosistem perniagaan Malaysia.

    “Dengan mencapai sasaran ini, kita boleh mewujudkan ekonomi bernilai tinggi yang mampan dengan tumpuan kerajaan beralih daripada pembiayaan dan intervensi kepada pembangunan kawal selia dan ekosistem,” katanya.

    Dia berkata matlamat kerajaan bukan hanya sekadar pelaburan kewangan dalam syarikat pemula niaga tetapi juga untuk menarik tenaga kerja teknologi dari seluruh dunia ke Malaysia.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Amirul Feisal Wan Zahir mencadangkan jaminan kesinambungan dan ketersediaan modal untuk mengurangkan kebimbangan dalam kalangan syarikat pemula niaga.

    “(Justeru), ini perananan kita. Kita mempunyai mandat pelaburan dan bersifat pembangunan.

    “Dari segi pulangan kita beroperasi dalam tempoh pembangunan jangka panjang yang membolehkan kita mengambil risiko yang lebih besar dan membawa masuk rakan yang boleh menilai keseluruhan ekosistem,” katanya.

    Rakan pengurusan K3 Ventures Kuok Meng Xiong yang senada dengan Amirul berkata memastikan kesinambungan modal akan memupuk budaya mengambil risiko.

    ALSO READ:  MetMalaysia issues thunderstorm, rain warning for several states

    “Bukan sahaja Malaysia merupakan pasaran yang menarik, tetapi saya juga percaya bahawa jika kita dapat menangani masalah modal, kita akan memupuk budaya mengambil risiko yang boleh menjana hasil yang baik bagi penduduk yang tinggal di sini,” kata Kuok.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts