Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRafizi petik ayat Hang Tuah tepis dakwaan Melayu bakal hilang

    Rafizi petik ayat Hang Tuah tepis dakwaan Melayu bakal hilang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menepis pendapat bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa bangsa Melayu akan hilang dalam 10 tahun lagi. Rafizi berkata untuk Melayu mengatasi cabaran ekonomi yang dihadapi bangsa itu, mereka mestilah memahami bahawa ancaman kepada penyertaan ekonomi orang Melayu bukanlah orang bukan Melayu, tetapi ia berpunca dari keterhubungan ekonomi yang diakibatkan dari globalisasi. “Pada pandangan saya, ada perkara yang mampu memberi lebih keyakinan kepada kita bahawa keadaan tidaklah seperti yang digambarkan Tun Mahathir. “Contohnya, orang Melayu kini membentuk kelas pertengahan (middle class) yang besar dalam negara kita berbanding 50 tahun dahulu. Orang Melayu juga membentuk kelas profesional yang besar. “Kejayaan membina kelas pertengahan dan kelas profesional yang besar ini adalah bukti orang Melayu berkemampuan menaiki mobiliti sosial melalui pelaburan kerajaan dalam pendidikan,” katanya dalam kenyataan di Facebook. Sabtu lalu, Mahathir dilaporkan mendakwa bahawa bangsa Melayu di negara ini akan lenyap dalam masa 10 tahun akan datang jika keadaan tidak diubah dan orang Melayu akan ditawan bangsa lain, tanpa melalui peperanangan. Kata Mahathir, kedudukan orang Melayu terancam ekoran tiada pihak yang mengambil berat terhadap nasib kaum itu ketika ini. Rafizi berkata, meskipun Mahathir terus berpegang dengan kepercayaan yang Melayu akan hilang dalam masa 10 tahun, tetapi dia memilih untuk memegang pesanan pahlawan legenda Hang Tuah bahawa “takkan Melayu hilang di dunia”. Katanya, pesanan tersebut mesti difahami mengikut konteks di akhir pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan ia membawa maksud kelangsungan bangsa Melayu terletak kepada pemimpin yang adil, berhemah dan bersederhana dalam menggunakan kuasanya. Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan selagi model kejayaan orang Melayu dari kelas pertengahan masih bergantung pada keupayaan bekerja dengan syarikat korporat besar, mereka tidak akan merasakan bahawa orang Melayu menguasai bidang ekonomi setanding dengan bukan Melayu. Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada idea menjadi kaya dengan cepat dalam kalangan orang Melayu, kerana penciptaan kekayaan oleh Melayu dari kelas pertengahan mestilah berpaksikan kepada daya saing dan kemampuan membangunkan perniagaan yang mampan. Selain itu, katanya, Mahathir telah pun melaksanakan idea melahirkan hartawan terkenal dari kalangan ahli perniagaan Melayu dengan campur tangan kerajaan tetapi eksperimen itu tidak berjaya selepas diuji dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997. “Kita juga tahu kesan sampingan dari doktrin mencampur aduk kuasa politik dan korporat yang dibawa oleh Tun Mahathir. “Soal tata kelola bercampur aduk apabila sektor ekonomi utama boleh diberikan kepada individu tertentu; dan individu-individu tersebut perlu menyumbang wang untuk membantu ahli-ahli dan parti-parti politik,” katanya. Gambar Hiasan – Petikan Filem Hang Tuah

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts