Barisan aktivis muda PKR dulu, kata Rafizi Ramli, selalu dikenali dan diingati sebagai individu mahir menganjur demonstrasi sehingga ia membantu parti berkenaan bertahan selama suku abad.
Selain itu, kata Rafizi, mereka juga menjadi antara pelopor ceramah politik melalui media alternatif atau sosial medial seperti Facebook.
Pun begitu, kata timbalan presiden parti berkenaan, kemahiran tersebut kini diciplak oleh pihak lawan dan digunakan pula bagi menyukar serta menggugat kerajaan perpaduan.
“Itu (kemahiran dulu) kekuatan yang kita bina dari awal yang sekarang ini telah digunakan oleh lawan untuk melawan kita.
“Sekarang ini kita lihat kemahiran itu diciplak oleh orang yang pernah berada dalam Keadilan (PKR). Dia gunakan untuk tembak kita.
“Keadilan (PKR) adalah antara parti yang paling awal – seingat saya – yang pertama menggunakan Facebook sebagai pentas ceramah seawal tahun 2010,” katanya pada konvensyen khas PKR sempena sambutan 25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini.
[Laporan lanjut menyusul]