Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRaghad nafi ingkar nasihat doktor bawa Taib keluar hospital

    Raghad nafi ingkar nasihat doktor bawa Taib keluar hospital

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Sarawak Taib Mahmug menafikan dia membawa Taib keluar dari hospital bertentangan dengan nasihat doktor.

    Dalam satu hantaran di Instagram, Raghad Kurdi Taib berkata ia tidak benar dan mendakwa dia boleh membuktikannya, iaitu dengan nota tulisan tangan jururawat.

    Taib dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Normah Medical Specialist Centre di Kuching, Sarawak.

    Menurut nota yang dikongsi Raghad, pada jam 1.40 tengah hari Sabtu, doktor dimaklumkan yang Raghad ingin membawa Taib pulang, dan seorang doktor maklum dengan permintaan itu.

    Kemudian pada pukul 1.45 tengah hari, seorang doktor berkata infusi perlu dilakukan sebelum Taib dibawa keluar.

    Pada pukul dua petang, nota tersebut mencatatkan vital Taib ketika itu, dan mengakhiri nota itu dengan catatan “awaiting to discharge (menunggu untuk dikeluarkan)”.

    Nota ini ditafsir seorang pekerja kesihatan untuk Malaysiakini.

    Menurut laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor, pada lewat Sabtu Raghad didakwa mencabut alat perubatan yang dipasang di tubuh Taib tanpa memaklumkan kepada hospital.

    Dia kemudian diletakkan di kerusi roda dan dibawa keluar dari hospital.

    Laporan itu dibuat beberapa jam selepas insiden tersebut.

    Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan berkenaan perkara itu.

    Laporan polis kedua oleh ahli keluarga Taib yang lain dilaporkan dibuat pada Ahad lalu berdasarkan laporan pertama.

    Menurut laporan polis kedua, tiada adik beradik Taib mahupun empat anaknya dimaklumkan berkenaan lokasi dan keadaan kesihatan bekas ketua Menteri Sarawak itu.

    Taib menjadi ketua Menteri Sarawak sejak 1981 hingga 2014 sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Dia dijadual memegang jawatan itu sehingga akhir bulan ini.

    Namun, tempoh perkhidmatannya dipendekkan selepas pelantikan Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke jawatan itu.

    ALSO READ:  US, Brazil to work together on climate partnership, says Yellen

    Polis menyiasat kes itu di mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

    Tahun lalu, seorang anak Taib, Sulaiman Abdul Rahman memfailkan injunksi bagi menghalang saham sebuah syarikat dipindah hak milik kepada Raghad.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts