Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Raja dadah Malaysia' akan hadapi pertuduhan di Thailand - Ayob Khan

    ‘Raja dadah Malaysia’ akan hadapi pertuduhan di Thailand – Ayob Khan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lelaki yang dikenali sebagai ‘Raja Dadah Malaysia’ yang baru-baru ini ditahan di Laos akan menghadapi pertuduhan di Thailand dan tidak mempunyai rancangan untuk diekstradisi ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Beliau menyatakan bahawa lelaki berusia 41 tahun dari Perak yang berkahwin dengan wanita Thailand itu disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah selama ini.

    “Apabila warganegara Malaysia melanggar undang-undang di luar negara, kami akan menyerahkan mereka kepada negara yang bersangkutan untuk mengambil tindakan,” katanya dalam sidang media sempena pertemuan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

    “Biarkanlah lelaki tersebut menghadapi pertuduhan di Thailand.. pihak berkuasa Thailand memiliki bukti yang mencukupi untuk mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.

    Media sebelum ini melaporkan bahawa suspek yang diburu oleh polis Thailand atas tuduhan penyeludupan dadah telah ditahan dalam operasi bersama antara Thai-Laos pada 29 Disember yang lalu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts