Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRakyat harap Jualan Rahmah lebih kerap

    Rakyat harap Jualan Rahmah lebih kerap

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Program Jualan Rahmah yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup dan orang ramai berharap inisiatif ini diadakan lebih kerap di semua kawasan.

    Warga emas, Mohd Idrus Abu Bakar, 67, berkata beliau tidak ingin melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah Parlimen Bukit Mertajam hari ini kerana harganya lebih murah dan bekalan mudah didapatkan.

    Beliau berkata, “Tak apa beratur panjang pun nak beli hari ni, janji boleh beli beras, minyak, dan sardin tin pada harga murah. Baru-baru ni saya lihat di kedai, harga beras import adalah lebih daripada RM40 untuk 10 kilogram, tetapi di sini (Bukit Mertajam) hari ini hanya RM14 untuk 5 kilogram.”

    “Cuma telur dan gula saya sudah habis tadi, saya harap jualan ini dapat diadakan lebih kerap supaya kami golongan B40 dapat membeli pada harga murah,” katanya ketika dihubungi mengenai program tersebut.

    Siti Wahidah Iberim, 32, berkata inisiatif ini sangat membantu keluarganya kerana dapat mengjimatkan sehingga RM100 sebulan.

    Beliau juga menyatakan Program Jualan Rahmah ini adalah cara mudah bagi dia dan suaminya untuk mendapatkan barangan keperluan berbanding pergi ke pasar raya besar atau kedai runcit yang saat ini mengalami kekurangan bekalan seperti beras.

    “Saya harap kerajaan dapat mengadakan program seperti ini sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam usaha meringankan beban rakyat,” katanya.

    Wong Ah Soon, 70, pula menyifatkan Jualan Rahmah bukan sahaja menawarkan barangan pada harga murah, tetapi juga berkualiti. Oleh itu, ini menjadi pilihan bagi keluarganya kerana dapat menjimatkan.

    Beliau berkata, “Walaupun pembelian dihadkan, sebagai contohnya hanya satu kampit beras untuk setiap orang, ini adalah langkah yang baik supaya ramai orang dapat membeli.

    ALSO READ:  Bekas AG Apandi Ali patut dihukum, bukan dibayar pampasan - Dr M

    “Saya datang pada pukul 8 pagi dan beratur panjang walaupun terdapat laluan khas untuk warga emas. Saya puas hati dapat membeli barang keperluan hari ini,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts