Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRamanan umum dana khas RM50 juta untuk usahawan wanita India

    Ramanan umum dana khas RM50 juta untuk usahawan wanita India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan dana khas RM50 juta bagi memperkasakan usahawan wanita India menerusi program Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN), kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan.

    Ramanan berkata peruntukan yang menggunakan dana dalaman AIM itu memberi manfaat kepada lebih 7,100 Sahabat Usahawan India yang baru dan menjadikan jumlah penerima manfaat daripada Skim Pinjaman Ikhtiar AIM kepada 10,200 orang termasuk 3,100 Sahabat Usahawan sedia ada.

    Dia berkata inisiatif AIM itu selaras dengan usaha merealisasikan hasrat dan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memastikan tidak ada rakyat tercicir dalam usaha pembangunanan negara.

    “Saya yakin dengan kemampuan AIM bahawa program PENN ini akan melahirkan lebih ramai usahawan mikro masyarakat India yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan merancakkan ekonomi negara.

    “Program ini juga merupakan satu lagi langkah untuk memajukan, memperkasakan dan menggemilangkan wanita India di negara ini seiring dengan gagasan Malaysia Madani,” katanya dalam ucapan pada majlis pengumuman dana khas itu di ibu pejabat AIM di Kuala Lumpur hari ini.

    Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM Datuk Seri Syed Hussain Syed Jund dan Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz.

    Ramanan berkata ahli Sahabat Usahawan boleh menghantar permohonan program PENN bermula Isnin ini di 124 Pejabat Cawangan AIM di seluruh negara.

    Sementara itu, usahawan wanita India menyifatkan pengumuman itu bagaikan durian runtuh kerana program berkenaan akan membantu mereka mengukuhkan prestasi seterusnya mengembangkan perniagaan masing-masing.

    Pengusaha kedai runcit yang juga Sahabat Usahawan AIM dari Rawang, Selangor, S Subratha Devisubramaniam, 45, berkata dia berhasrat menggunakan dana itu untuk membuka cawangan baru perniagaannya.

    ALSO READ:  Ops cari tiga remaja hilang dihanyut arus deras bersambung hari ini

    “Saya amat bersyukur ada bantuan seperti ini. Ia juga menunjukkan setiap lapisan masyarakat dan kaum tidak tercicir dalam mendapat kemudahan lebih-lebih lagi bagi kami usahawan kecil dan sederhana,” katanya.

    Bagi ejen pelancongan dari Selayang, A Krisnaveni, 39, dengan adanya pelbagai bantuan di AIM dan di peringkat kerajaan sendiri, katanya golongan wanita terutama masyarakat India wajar mengambil peluang untuk berkecimpung dalam bidang keusahawan.

    Katanya, wanita India seharusnya berani ke hadapan dan meneroka potensi diri dalam bidang keusahawanan yang sekali gus membuka peluang meningkatkan hasil pendapatan mereka.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts