Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRamasamy lancar tabung kutip RM1.52 juta untuk bayar Zakir Naik

    Ramasamy lancar tabung kutip RM1.52 juta untuk bayar Zakir Naik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    P Ramasamy melancarkan kempen pendanaan awam (crowdfunding) untuk mengumpul RM1.52 juta selepas mahkamah memihak kepada pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dalam saman yang difailkan terhadap bekas timbalan ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

    Semasa sidang media di Sentul, Kuala Lumpur petang ini, bekas pemimpin DAP itu berkata dana berkenaan akan dikumpul secara telus dan sebarang lebihan akan digunakan untuk kebaikan orang ramai.

    Ramasamy juga sekali lagi mengatakan peguamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

    Dia menambah bahawa lima kenyataannya – yang diputuskan oleh mahkamah sivil mengandungi elemen fitnah – tidak diucapkan secara peribadi terhadap Zakir, sebaliknya dibuat bagi mempertahankan rakyat Malaysia.

    “Saya akan terus bercakap bagi pihak yang tidak bersuara di Malaysia, sama ada Cina, India, Melayu, Iban (dan sebagainya),” kata Ramasamy.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Ramasamy membayar sebanyak RM1.45 juta sebagai ganti rugi terhadap pendakwah bebas itu dan RM70,000 untuk kos guaman.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts