Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRamasamy: Umno tak layak cakap isu pengkhianatan

    Ramasamy: Umno tak layak cakap isu pengkhianatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ahli parlimen DAP, P Ramasamy, hari ini tampil mempertahankan parti Bersatu selepas didakwa pengkhianat oleh Umno.

    Bekas timbalan ketua Menteri Pulau Pinang itu bahkan mengingatkan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa PKR juga “lahir dari DNA sama”.

    “Umno bukanlah parti yang mulia untuk bercakap tentang pengkhianatan,” kata Ramasamy dalam kenyataan hari ini.

    Dia berkata, jika Asyraf Wajdi percaya bahawa Bersatu layak untuk dikhianati oleh wakil rakyat mereka, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Umno sendiri.

    “Jika Bersatu lahir dan dibesarkan dengan pengkhianatan serta pembelotan, bagaimana dengan PKR?

    “Bukankah PKR juga merupakan klon kepada Umno?

    “Adakah pembentukan PKR merupakan pengkhianatan terhadap Umno? Adakah Presiden PKR ketika ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dituduh meninggalkan Umno?” katanya.

    Menurut Ramasamy walaupun situasi politik yang membawa kepada pembentukan PKR mungkin berbeza berbanding Bersatu, tetapi ‘DNA’ untuk kedua-dua parti adalah sama.

    “Yang meninggalkan parti untuk menyertai PKR itu juga adalah ahli-ahli Umno.

    “Mengapa Asyraf Wajdi menahan diri daripada menuduh PKR juga melakukan pengkhianatan?” kata Ramasamy yang meninggalkan DAP pada Nov lalu untuk membentuk parti politiknya sendiri.

    Asyraf Wajdi Dusuki

    Parti Keadilan Nasional – yang merupakan nama asal kepada PKR – ditubuhkan pada 1998 sebagai platform bagi gerakan Reformasi yang dicetus ekoran pemecatan Anwar dari Umno.

    Anwar merupakan timbalan perdana Menteri di bawah Dr Mahathir Mohamad.

    Semalam, Asyraf Wajdi berkata walaupun Umno tidak mempunyai masalah dengan sokongan wakil rakyat Bersatu kepada kerajaan pimpinan Anwar namun dia mendakwa “pengkhianat tetap pengkhianat”.

    Jelasnya, Bersatu merupakan parti yang diasaskan berdasarkan ‘pengkhianatan’ ahli-ahlinya kepada Umno selepas PRU ke-14 pada 2018.

    Kini kata pengerusi Mara itu, Bersatu terpaksa membayar ‘harga kecurangan’ yang dilakukan mereka sebelum ini.

    ALSO READ:  M'sia guna semua saluran diplomatik perjuangkan Palestin - Tok Mat

    Ramasamy juga menganggap kerjasama Umno dengan DAP – yang bermusuh ketat selama beberapa dekad – juga merupakan tindakan pengkhianatan parti terbabit.

    “Asyraf Wajdi yang datang dari sebuah parti politik tercemar seharusnya lebih berhati-hati menggunakan perkataan ‘pengkhianatan’.

    “Mampukah Asyraf Wajdi membela kerjasama politik di antara PKR dan DAP dalam PH?

    “Bukankah parti-parti politik ini dahulunya musuh kepada Umno? Dalam hal ini, bagaimana Bersatu berbeza daripada PKR dan DAP?” tambahnya.

    Setakat hari ini enam MP Bersatu dan seorang Adun sudah membuat keputusan sepihak dengan mengetepikan parti sendiri dengan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

    Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan), selain Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

    Beberapa bekas pemimpin lain Bersatu juga menyertai PKR seperti Muhammad Faiz Na’aman serta bekas Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts