Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRasuah: Penolong pegawai tadbir mahkamah direman

    Rasuah: Penolong pegawai tadbir mahkamah direman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang penolong pegawai tadbir mahkamah direman empat hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan RM6,000 daripada sebuah syarikat pada 2021.

    Perintah reman dikeluarkan Majistret Farah Rosnan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

    Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

    “Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM6,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya daripada sebuah syarikat sebagai balasan membocorkan maklumat sebut harga bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor, bernilai lebih RM130,000,” katanya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts