Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRasuah REE: Bekas setiausaha MB Kedah didakwa

    Rasuah REE: Bekas setiausaha MB Kedah didakwa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) di sekitar Negeri itu pada Julai lepas.

    Mohamad Hilmi, 50, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Suzana Hussin.

    Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.

    Ia sebagai dorongan bagi tertuduh – yang ketika itu menjadi setiausaha politik kepada Muhammad Sanusi Md Nor – membantu syarikat berkenaan mendapat kelulusan permohonan lesen perlombongan dan lesen penjelajahan REE di sekitar Kedah.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 4 Julai lepas.

    Dia turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada Liana bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts