Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRatusan sertai Himpunan Selamatkan Syariah di Putrajaya

    Ratusan sertai Himpunan Selamatkan Syariah di Putrajaya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ratusan orang berkumpul di sekitar pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya pada pagi hari ini, untuk menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai petisyen yang mencabar 18 peruntukan enakmen kesalahan jenayah di Kelantan. Himpunan tersebut dinamakan Himpunan Selamatkan Syariah, dengan orang ramai mula hadir sekitar jam lapan pagi. Himpunan itu bermula dengan ucapan beberapa ahli politik dan pemimpin NGO sebelum disusuli dengan sembahyang hajat. Antara pemimpin PAS yang hadir adalah bekas Menteri besar Kelantan Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, naib presiden Idris Ahmad, ketua penerangan Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman. Manakala Bersatu diwakili naib presiden Mohd Radzi Jidin yang juga ahli parlimen Putrajaya.

    Kebanyakan peserta mengangkat sepanduk dengan slogan “pertahan enakmen syariah Kelantan” dan melafazkan takbir. Mahkamah memutuskan untuk membenarkan petisyen yang difailkan oleh peguam Nik Elin Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman. Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan petisyen itu bukan berkenaan kedudukan Islam dan sistem kehakiman syariah, namun tentang keabsahan perlembagaan terhadap peruntukan enakmen. Nik Elin berkata ia berkenaan bidang kuasa DUN Kelantan dan berharap DUN akan lebih berhati-hati dalam menggubal undang-undang selepas ini.

    Takiyuddin menyifatkan hari ini sebagai “Jumaat yang hitam” ekoran keputusan itu dan berkata ia juga mengancam undang-undang jenayah syariah di Negeri lain. Perhimpunan berlangsung aman tanpa sebarang provokasi, dengan polis dan Unit Amal PAS mengawal keadaan sehingga para hadirin bersurai. Ahmad Fadhli berkata PAS tidak membuat kerahan bagi himpunan ini dan orang ramai hadir atas inisiatif dan kesedaran sendiri. Pengerusi bersama Gerakan Selamat Syariah Mohd Zai Mustafa mendakwa lebih 2,000 hadir perhimpunan itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts