Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRayuan ditolak, bekas CEO mula jalani hukuman penjara lima tahun

    Rayuan ditolak, bekas CEO mula jalani hukuman penjara lima tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering Bhd (THHE), Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman penjara lima tahun mulai hari ini setelah rayuan terakhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

    Nor Badli Munawir, 57, disabitkan atas kesalahan tiga tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan pengubahan wang haram masing-masing berjumlah RM1.57 juta dan RM1.17 juta.

    Rayuan lelaki berusia 57 itu terhadap sabitan atas pertuduhan itu ditolak oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, hari ini.

    Dia yang diikat jamin RM600,000 sementara menunggu rayuannya diselesaikan, diperintahkan memulakan hukuman penjara hari ini. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman sebatan kerana usianya melebihi 50 tahun.

    THHE merupakan bekas syarikat bersekutu Lembaga Tabung Haji (TH).

    Dalam menyampaikan keputusan, Hakim Vazeer mengekalkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen yang berjalan serentak bagi tiga tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan pengubahan wang haram.

    Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi meningkatkan hukuman penjara kepada lapan tahun sebelum Mahkamah Rayuan mengurangkan kembali kepada lima tahun seperti diputuskan Mahkamah Sesyen.

    Dalam mengekalkan sabitan, Hakim Vazeer berkata Mahkamah Sesyen mahupun Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang penemuan tidak munasabah yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan bagi pertuduhan tersebut.

    Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan Nor Badli Munawir atas dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan pengubahan wang haram.

    Mngikut kertas pertuduhan, Nor Badli Munawir didakwa melakukan pecah amanah membabitkan tiga cek bernilai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 di pejabat THHE Fabricators Sdn Bhd, Menara UOA, Bangsar, antara April, Jun dan September 2013.

    ALSO READ:  Mansuhkan pencen MP untuk ajar mereka makna derita - Muhammed

    Dia juga didakwa menerima wang tunai RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar di sebuah restoran di Ara Damansara, Petaling Jaya dekat sini, pada 26 Jun 2013 dan 11 Sept 2013.

    Nor Badli Munawir dibebaskan daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan cek RM430,000 dan RM575,800 di pejabat THHE Fabricators pada bulan Jun dan Oktober 2013.

    Mahkamah turut membebaskannya daripada dua pertuduhan menerima RM430,000 dan RM570,000, hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang masing-masing daripada daripada Pengarah Coral Intoil, Mohd Razip Mohammad dan Pengarah RL Offshore Sdn Bhd., Hanaffi Daud.

    Dia dituduh melakukan kesalahan itu di THHE Fabricators dan di restoran Leaf Dining, di Solaris Mont Kiara, masing-masing pada 27 Jun 2013 dan 1 Nov 2013.

    Nor Badli Munawir diwakili peguam, Kitson Foong, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk K. Kumaraendran, Chew Jee San dand Vam Shir Mooi.

    Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah, Parveen Hamedah Natchiar dan Aida Khairuleen Azli.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts