Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRazali jahil undang-undang, perlembagaan Bersatu - MP Bukit Gantang

    Razali jahil undang-undang, perlembagaan Bersatu – MP Bukit Gantang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kenyataan Razali Idris bahawa keahlian wakil rakyat Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sudah tergugur secara automatik membuktikan ketua penerangan parti itu jahil tentang undang-undang dan perlembagaan parti, kata ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

    “Ketua penerangan Bersatu ini tak tahu undang-undang. Saya cadangkan Bersatu tukar ketua penerangan, cari yang cerdik sikit,” katanya ketika dihubungi.

    Razali Idris

    Mengulas kenyataan Razali bahawa ketujuh-tujuh pemimpin itu, termasuk dirinya perlu mengosongkan kerusi kawasan masing-masing dan tidak menunggu surat pemecatan, Syed Abu Hussin Hafiz berkata pindaan perlembagaan parti itu mempunyai proses lanjutan.

    “Jadi ketua penerangan Bersatu tak faham undang-undang, dia ini mesti ada ilmu, kenyataan dia seolah-olah tak reti.

    “Pindaan perlembagaan parti ini mesti ada proses. Baru dapat kelulusan. Perkara itu mesti ada prosedur selanjutnya seperti langkah-langkah yang patut diambil.

    “Sudah lulus pindaan, kamu pergi dengan proses kamu dan kami dan kami pun pergi proses kami.

    “Ini nak cabar anak jantan anak betina kosongkan kerusi bukan begitu. Ini cakap macam dalam kedai kopi, sebab itu saya berkata Bersatu teruk, ketua penerangan tak tahu undang-undang,” katanya lagi.

    Razali hari ini dilaporkan sebagai berkata keahlian wakil rakyat berkenaan tergugur selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan usul pindaan perlembagaan parti itu pada 2 April lalu.

    Pada 2 Mac lalu, Bersatu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi melucutkan keahlian parti bagi wakil rakyat yang menyokong mana-mana pihak bertentangan dengan parti.

    Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) dengan perwakilan parti sebulat suara menyokong usul untuk meminda Perkara 10 perlembagaan Bersatu.

    Setakat ini, enam ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

    ALSO READ:  Kira-kira 100 siswa berpakaian hitam protes 'parallel pathway'

    Selain Syed Abu Hussin, mereka yang lain itu adalah Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Abdul Rashid Asari (Selat Klang)

    Manakala Adun tunggal yang terbabit pula ialah Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts