Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRemaja 17 tahun didakwa bunuh warga emas

    Remaja 17 tahun didakwa bunuh warga emas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, dua minggu lepas.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.

    Remaja itu didakwa membunuh Muhammad Zahid Nagappan, 74, di sebuah rumah di Kampung Pasir, Jalan Siliau, Rantau di antara 11.30 malam hingga 10 pagi 4 Jan lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali, jika tidak dihukum mati.

    Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, jika kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan, dan Raja atau Yang Dipertuan Negeri sekiranya perbuatan itu dilakukan di Negeri lain.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Pusppa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mahkamah menetapkan 18 Mac sebagai sebutan semula kes dan laporan bezah siasat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts