Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRemaja ditahan bantu siasatan kes cabul 14 pelajar OKU

    Remaja ditahan bantu siasatan kes cabul 14 pelajar OKU

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP, Mohd Asri Shafie berkata remaja lelaki yang juga OKU berusia 13 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengetua sekolah tersebut.

    “Kesemua mangsa berusia antara berusia 13 dan 14 tahun merupakan pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

    Katanya, pihaknya sedang mengesan saksi dan merekodkan keterangan daripada mangsa.

    Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts